Friday, February 3, 2012

Kembalikan Subsidi BAJA, GIGI PALSU & BERUK Kami!


Kalau umur kita cukup panjang di atas muka bumi ini, rasanya tidak dapat tidak kita akan melalui pengalaman berjual beli yang lucu yakni penjual terus menawarkan potongan harga sebaik sahaja kita bertanyakan harga barangan.

1) beli jeans di uptown. "Yang ini harganya RM70-00, kita boleh kasi diskaun, jadi harganya RM65-00"

2) beli T-shirt di chinatown. "RM50-00 boss. Cincailah kasi lu RM35-00!"

Pertamanya, penjual nak tunjuk barang dia murah kerana ada diskaun. Kedua, penjual dah siap kira untung selepas diskaun dan dia cuma tunggu masa untuk SEMBELIH pembeli.

Analogi ini boleh digunakan dalam harga barangan asas seperti tepung gula yg dikatakan oleh menteri telah diberi subsidi.

Pertama, LAN@#W!!!

Kedua, aplancaw subsidi?

Subsidi ialah bila kita balik rumah dan kita dapati seguni gula tergolek di tepi dinding rumah. Sekupang haram kita tak perlu keluar duit. Syukuuuuuur..... dapat gula free. Ini baru betul subsidi. Serupalah subsidi baja, subsidi beruk utk peladang petik kelapa dan juga subsidi gigi palsu utk imam-imam yg dah mula berterabur bacaan surah lazimnya. Sekupang haram rakyat tak keluar duit.

Tapi kalau kita beli tepung gula kena keluar duit, kemudian ada mamat keluar tv, keluar paper kata dalam harga itu kerajaan dah berikan subsidi, memang lancaw lah! Itu bukan subsidi, itu SEMBELIH. Baca balik 4 perenggan di atas.

Hulur je batang leher, kasi kena sembelih! Sanggup ke tiap-tiap hari minum teh Cina? KAH KAH KAH!!!



* Cuba check kat (sini) kalau rajin.

~Libang Libu~


liq