Kita telah lihat bagaimana MAS dikaldaikan. Begitu juga TNB. Kereta nasional PROTONG. Silap haribulan FELDA juga akan menerima nasib yg sama. Isa Katik mesti tak sabar-sabar utk menurut langkah cemerlang, gemilang dan temberang si Fernandez, para IPP dan Sheikh Bukhary si tauke beras.
Jangan tak tau si tauke beras ini, Pejabat Pos pun dia dah sapu. Pengangkutan laut pun dia ada share. Kereta perisai pun dia supply untuk ATM. Api letrik kita yg melantun-lantun naik harganya pun bahana tauke beras ini jugak. Cukup cilake, semua dia sapu.
Lepas satu persatu syarikat strategik yg berunsurkan Melayu, berkait dgn Melayu dan mewakili sedikit kepentingan Melayu telah selamat dikaldaikan.
Dulu kita ada Tanah Melayu. Tinggal sejarah.
Kalau Keretapi Tanah Melayu pun lesap juga, tinggallah utk kita baju Melayu dan butang baju Melayu utk dibawa berjalan ke Chinatown dan Little India.


