Wednesday, September 12, 2012

Dibaling-baling, Dicangkung-cangkung

Madu tualang power! Click here

Sezalim-zalim Mahafiraun, dia tak bawak keluar tongkat semambu diawal tempoh kekuasaannya. Taring juga disorok baik-baik.  Seawal penggal pertama dia duduk di singgahsana kuasa aku and the mandi-sungai-gang langsung tak ambik pot pasal dia. Tak ada minat nak menyampah menyumpah haramjadah kat dia.

Ketika itu orang tau Mahafiraun dah jadi PM dan rata-rata reaksi rakyat marhaen ialah, “OK lah tu, pandai-pandai la dia buat kerja”, “Hansem la, macam Hindustan” atau “pegi mampus la dia, aku pun ada kerja nak buat” atau pun “Eh? Side-burn panjang tu, Melayu ke?”.

Mahafiraun ini pandai, penggal pertama dan kedua dia tak buat hal. Mahafiraun cuma mula mengapor dan merembat besar-besaran bila dia dah pandai berkawan dengan lawyer, berkawan dengan tauke  ekor dan juga bila anak-anaknya makin besar dan dah kenal botol samsu San Miguel. Itu jam muka Mahafiraun semakin kelat hilang seri dan semakin palat dan mempalat sampai kehari ini.

Dan seingat aku kerja Mahafiraun cuma satu, menyeragamkan waktu Semanjung dengan waktu Sabah Sarawak.

Tapi kini kita rakyat marhaen ini nak tumpang mengekek, nak tumpang pecah perut dan nak tumpang ketawa guling-guling la kalau satu penggal pun blom habis, dah ada org nak tumpang berak atas muka. Perkara berak kencing ini bukan memain wey… Kalau bukan tanda org tak suka, tanda apa Iagi gamaknya?

Kalau dah macam ini, layak duduk diatas singgahsana berpenggal-penggal lagi? Siang malam pagi petang, dari subuh membawa ke subuh jadi bahan cerca bahan lawak.

Kesian bukan tak kesian. Ini bukan sebarang salasilah. Salasilah bagus. Salasilah bangsawan. Salasilah pelaut tersohor di alam Melayu raya.

Tapi itulah dia, kalau Tuhan nak hina, kat dunia pun Dia dah tunjukkan. Bapak dibaling telur, diri nak diberak-berak orang dan anak ntah kemana hilang ghaib bakal lakinya. 

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.