Monday, September 24, 2012

Berapa Ramai Umat PAS Masih Mencekik KfC, McD?


Aku sebut umat PAS. Memang sengaja. Sebab aku pun tergolong dalam umat ini.

Aku tak sebut puak UMNO. Sebab puak UMNO ini, lebih daripada KfC & McD pun dia boleh telan.

Berapa ramai umat PAS ini yg masih tergeli-geli, tergedik-gedik, kembang kempis lubang hidung bila masuk  KfC, McD? 

Kita umat PAS memang champion berdemo, tapi kita belum champion bab boikot memboikot. Amat cantek sekiranya demo didepan kedutaan AS itu disusuli dengan memulau produk AS.

Syukur Alhamdulillah, anak sulong aku tak sekali pun pernah mintak dibawak makan-makan di KFC/McD. Anak kedua aku yg masih dalam stroller itu pun akan aku tarbiahkan dgn tabiat yg sama.

Aku akan pastikan anak-anak aku tak akan melolong guling-guling atas tanah kalau tidak dibawak pergi makan-makan di KFC/McD.  Aku akan pastikan anak-anak aku tak akan jadi jakun bila lalu depan KFC/McD. Aku akan pastikan anak-anak aku  akan berselamba tak ambik pot kalau dijamu sedara-maranya mencekik KFC/McD. Malu aku kalau anak-anak aku  melompat terkinja-kinja seronok sangat dibelanja makan KFC/McD. Aku akan pastikan jugak anak-anak aku tak akan kemaruk pizza, Starbuck, Oldtown dan entah aplancow lagi.

Aku tak mau anak-anak aku makan ayam, makan daging tapi tapi tak ada nasik. Yang makan ayam, makan daging tanpa nasik setahu aku ialah musang, buaya, singa atau harimau.

Kita ini orang Melayu dengan cara hidup dan iklim sebegini bila makan ayam, makan daging ada nasiknya, ada kuah karinya, ada ulamnya dan makan pakai tangan. Bukan terkial-kial makan pakai sudu garpu.

Setahu tekak aku benda-benda segera macam KFC/McD itu tak lah sedap setara mana pun. Aku lebih puas mengadap sate, nasi kandar atau nasi campur. Bakso pun aku bedal. Nasi ayam pun OK. Cumanya benda-benda segera macam KFC/McD nampak 'class' sebab dihidangkan didalam kedai ber’air-cond’ sejuk nyaman, kerusi meja cantik dan paling best, boleh cakap Mat Saleh bila nak order. “I would like to have it spicy please…” kah kah kah!! Lanchow!!

Pooorah! Malu la sikit, sedar la ponggong tu hitam macam ponggong aku jugak.

liq

8 comments:

  1. Bukan setakat McD dan KFC Malaysia, McD dan KFC di luar negeri pun dibelasah semacam saja. Halal!!! Itulah selam Malaysia.

    ReplyDelete
  2. tu hak peridadi seseorang nak mengkedarah ka dak ka, tu dia punya pasai.kalau hang tak mau mengkedarah jgn dok kata apa.

    ReplyDelete
  3. lijitra.. hang nibengap betoi la.. baca dan faham posting kat atas tuh. hang sekolah habis ka dak??

    ReplyDelete
  4. Legoland amacm,mau masuk ka?..permainan yang juga pernah hina Nabi SAW.. takbir..A.B.U

    ReplyDelete
  5. mcm mana plak umat islam yg duk kt US tu??

    ReplyDelete
  6. Terbaekkk la Bro....

    ReplyDelete
  7. Tu sume produk YAHUDI US kita patut dah berzaman2 boycot...kalau kerajaan Islam sepatutnya tk bawak masuk sini bisnis2 ni.....bahan2 yg digunakan juga ragu....JAKIM kata HALAL....HA HA HA HA .......

    ReplyDelete
  8. makanla ayam goreng mak limah jer.tolong ekonomi org kita.setuju jgk dgn libang libu ni.ramai benor yg eksyen nak makan kat mcd,kfc,segala mcm produk luar.class kau jahhh..ituler gamaknya pemikiran org kiter.kume makan ayam goreng pasar malam jer..hehe.Boikot tanda sayang kita pd saudara sesama muslim

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.

Pergi lah mampus.