Tuesday, February 7, 2012

Kuasa di tangan Melayu, mengapa kita kata orang Melayu dalam bahaya?

Madu tualang power! Click here
7 February 2012
Wawancara Roketkini bersama A. Samad Said


Seniman muda dilihat lebih terjurus kepada menerbitkan karya mereka sendiri. Bagaimana Pak Samad melihat fenomena ini?

Kelompok muda ini saya fikir, memang ramai berusaha menerbitkan bukunya sendiri, dan kadang-kadang menerbitkan secara agak terdesak oleh kerana tuntutan masa. Ambil misalan antologi Puisi Jadi Senjata (kumpulan puisi dedikasi kepada Bersih 2.0), itu boleh dikatakan secara mendadak tumbuh daripada (Editor Suara Keadilan) Fazallah Pit.

Dia yang mengumpulkan anak-anak menulis puisi dan dia datang kepada saya, dia kata, “Pak, ini sesuai dengan iklim sekarang ini yang sedang berlaku.” Makanya, dia hendak saya tulis prakata, dan saya tulis itu jam juga. Antologi puisi itu memang laku bila ada acara-acara kecil-kecilan di sana sini. Tetapi secara menyeluruh, ia belum lagi diterima. Tetapi permulaan itu sesuatu yang amat bagus.

Baca lagi di roketkini.com

1 comment:

  1. Pak Samad ni memang unik orangnya. Zaman Yong berteater dulu Yong selalu jumpa dia. Tapi rasernya dia tak ingat Yong lagi, sebab muka Yong pun dah tumbuh kedut. Huhuhu.

    P.S. Yong mengaji kat Aston university. buat masters.

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.