Thursday, February 2, 2012

KTMB Sedang Menunggu Giliran Untuk DiKALDAIKAN

Madu tualang power! Click here
Kita telah lihat bagaimana MAS dikaldaikan. Begitu juga TNB. Kereta nasional PROTONG. Silap haribulan FELDA juga akan menerima nasib yg sama. Isa Katik mesti tak sabar-sabar utk menurut langkah cemerlang, gemilang dan temberang si Fernandez, para IPP dan Sheikh Bukhary si tauke beras.

Yang paling cilakanye, setelah berbilion dana awam (duit rakyat) dihenjut utk pelbagai projek mega KTMB, muncullah si tauke beras yg baru saja berjaya mengkaldaikan PROTONG mengutarakan minatnya terhadap KTMB. Tak cilake ke? Ini semua gara-gara 'penswataan' ilham Madey al Mamakkutty. Kalau syarikat buat untung, bagi kroni. Syarikat dah lunyai kena keronyok, kerajaan ambik balik. Guna dana awam lagi. Memang cilake...

Jangan tak tau si tauke beras ini, Pejabat Pos pun dia dah sapu. Pengangkutan laut pun dia ada share. Kereta perisai pun dia supply untuk ATM. Api letrik kita yg melantun-lantun naik harganya pun bahana tauke beras ini jugak. Cukup cilake, semua dia sapu.

Lepas satu persatu syarikat strategik yg berunsurkan Melayu, berkait dgn Melayu dan mewakili sedikit kepentingan Melayu telah selamat dikaldaikan.

Dulu kita ada Tanah Melayu. Tinggal sejarah.

Kalau Keretapi Tanah Melayu pun lesap juga, tinggallah utk kita baju Melayu dan butang baju Melayu utk dibawa berjalan ke Chinatown dan Little India.

Bab ini telah digarap di (anilnetto) dgn lebih baik.

~Libang Libu~

3 comments:

  1. memang dah di jangka pakai duit rkyat upgrade system keretapi selepas tu declare tak untung bagi kat kroni-kroni pulak mana ada negara maju yang bergantung pada lebuhraya tgk jepun cina german dan amerika paling teruk rusia nasib baik selepas perang dia dah upgrade system keretapi yang terbyk kalau harap jalan raya dia sekarang semuanya jammed

    ReplyDelete
  2. ini yg aku suka malaysia.........sumua yg mustahil jadi musBOLIH

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.