Wednesday, January 4, 2012

Blog punya blog, SUBUH ESOK BOLEH BANGUN?

Madu tualang power! Click here

kah kah kah kah kah!!!
kantoi?

Lepas satu blog, satu blog
Baca macam-macam baca. Semua nak dibaca.
Kejap pegi tab Facebook, kejap lagi klik tab Twitter,
ramai benor pun kawan-kawannya.... kahkahkah!!!
Surf sana, surf sini.
Satu dunia jelajah dalam satu malam.
Semua nak ambik tau.

Edit itu ini.
Bubuh gambar la.
Tambah link la.
Tukar gambar header, dah tak menarik konon.
Tukar warna background, tukar font la.
Komen blog orang.
Bagai nak pecah kepala, melongo depan PC mencari idea utk blog.

Semua benda kena nanti kejap.
Baju kerja belum iron. Esok sampai opis, mata lebam.
Makan malam boleh skip.
Pinggan mangkuk menimbun dalam sinki.
Pakaian dalam mesin dari petang tadi dah memintak-mintak nak keluar.

Assignment, tutorial, homework buat kejap lagi laaa...

Berjaga sampai larut malam ni, boleh ke bangun subuh besok?

Rokok lepas sekotak, bukak kotak baru.
Kopi, teh o, nescafe dah bergelas-gelas.
Rokok habis, terkocoh-kocoh pergi kedai.
Bini mintak tolong beli kunyit, tak pulak terkocoh-kocoh sarung seluar?
Bini ajak tidur pun dah boleh kata, 'nanti la kejaaaaaaaap!"
kah kah kah!!!


Tak tau ke bahaya mengadap komputer lama-lama?
Mata boleh rabun.
Suhu badan meninggkat.

Boleh dapat arthritis.
Senang dapat penyakit 13 rangkai.

Tulang belakang boleh herot macam tulang belakang Madey.
Badan jadi gemuk macam Bik Mama.
Muka jadi sembab macam muka Muhyiddin.
kahkahkah!!! nak jadi macam tu?


Telur/scrotum dah jadi separuh masak.
Panas terperap berjam-jam boleh merosakkan telur/scrotum.

Telur/scrotum memerlukan suhu bilik.
Tak takut rosak telur/scrotum? kahkahkahkah!!!
Mandul la korang... takut tak???

Sudah-sudahlah la tu.
Tidur awal, gerenti boleh bangun subuh.

~Libang Libu~

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.