Sunday, December 25, 2011

Tolong... Capai... Peliaq!!!

Bolehkah Kuala Lumpur dibangkrapkan? Bolehkah kita orang Melayu membangkrap dan memadan mukakan Kuala Lumupur yang telah sekian lama menyembelih kita dengan harga barangan yang semakin melambung. Kita orang Melayu sebagai penduduk majoriti semestinya mempunyai kuasa beli yang tinggi. Duit gaji ciput pun, seciput itu kita yg punya. Duit untung meniaga karipap, kita yg punya. Duit meniaga kecil-kecilan time raya pose, kita yg punya. Apa kata kita kemut duit kita kaw-kaw punya?

Bayangkan kalau kita keluar bekerja kita pakat-pakat bawak bekal. Kita turun Kuala Lumpur masuk Lot 10, masuk KLCC, masuk Pavillion masuk apakejadah masuk apakelancau, sekadar cuci cuci mata dan merasa sejuk aircond. Kedai-kedai berjenama ni semuanya beraircond sejuk nyaman.

Apa kata kita masuk kedai mamak order air suam, isap rokok suria lepas sebatang, sebatang lagi. Biar orang lain tak dapat duduk. Baru padan muka mamak. Air suam pun jual RM0.80. Cilake.

Apa kata barangan dapur kita beli dari pekedai runcit orang kita. Tak dapat orang kita, dapat pekedai runcit Acheh pun kira OK. Cuba la sekali sekala lupakan Tesco, Giant dan Carrefour. Panas la sikit sekejap, kedai runcit orang kita mana ada aircond.

Kalau kita boleh buat macam tu, aku rasa KLCC tak meriah mana lagi. Kedai mamak gerenti jual teh tarik RM0.70 macam dulu-dulu. Kat dalam Tesco, kat dalam Carrefour boleh main futsal lah!

Pekan Kati
Tapi jgn mimpi la nak bangkrapkan Kuala Lumpur kalau pekan kecik kat kampung sendiri pun tak terbangkrapkan. Contoh pekan Kati, pekan terdekat dengan kampung aku. Pekan kecik ini dikelilingi kami sekelian beribu umat Melayu. Peruncit Melayu ada la sorang, itu pun idup segan mati tak mau. Kedai-kedai lain siap beralih tangan dari moyang ke datuk ke bapak sampai ke cucu. Maju.

Kita orang Melayu kalau duduk dalam kelompok itu, tonggang tonggek la sorang-sorang. Tapi kalau dia duduk dalam kelompok kita, siap boleh buat harta. Kaya raya.

Ini mengingatkan aku cerita dari abah aku mengenai keluarga kaum itu yang menumpang disebidang tanah dikampung kami disekitar 60an dulu. Keluarga penanam sayur. Dia boleh maju menanam dan menjual sayur ditanah orang Melayu di dalam kelompok Melayu yg punya tanah berekar-ekar tapi haram tak nak usahakan.

Tiap-tiap pagi apek itu akan berjalan keliling kampung sambil berteriak, *"TOLONG... CAPAI... PELIAQ!!!"

Kah kah kah kah kah!!!

*tolong = terung, capai = cabai, peliaq = peria

~Libang Libu~
liq

Tiada Cilake Secilake si CILAKE Ini

Tak susah mencari siapakah paling cilake tahun ini, tak susah mencari siapa yg bakal menggondol anugerah Cilake Man of the Year.

Bukan Zol Kolom, bukan Puaka, bukan Madey, bukan Raise Stim, pun bukan Broheng Ali.

Manusia mana lebih cilake dari manusia yg pecah amanah? Manusia mana yg lebih cilake dari manusia yg mengapur duit zakat? Manusia mana yg lebih cilake dari manusia yg pecah amanah mengapur duit zakat, sedangkan perkara zakat itu rukun utama agama kita Islam? Nak manusia cilake macam mana lagi?

Nafsu besar, rumah besar gedabak tak padan dengan gaji. Nak tengok? Klik sini dan sini.

Inilah kepimpinan UMNO. Inilah menteri yg diamanahkan menjaga hal-ehwal agama Islam. Inilah perangai menteri agama Islam. Busuk!

Daging babi busuk yg disumbat dalam lubang tahi babi pun lebih wangi.

~Libang Libu~


liq