Tuesday, December 13, 2011

Lembu Shahrezat & Duit RM500


Sudah hampir 2 minggu aku melahu di Bachok, Kelantan. Hari-hari rutin sama.

Bangun tidur, pergi surau, melepak sampai Zohor, lepas Zohor makan, lepas makan tidur, Asar bangun ke surau, kemudian minum petang, kemudian Maghrib di surau, melahu kat surau sampai Isyak, berlabun-labun dengan otai-otai kampung. Macam-macam topik.

Tapi topik lembu Shahrezat tak masuk ranking. Itu yg aku heran, walaupun berkali-kali aku hulur umpan bau-bau taik lembu, haram tak makan. Otai kampung ini tak minat lembu Shahrezat. Sharezat lagi la depa tak minat. Kah kah kah!

Topik ranking teratas kat sini sekarang ni ialah duit RM500. Duit RM500 yg Najib janji nak bagi kat rakyat marhaen macam aku dan engkau yg berpendapatan bawah RM3,000.

Projek duit RM500 ini ialah projek yg WAJIB gagal! Macam projek lembu Shahrezat.

Kompom nanti ada salahguna. Kompom nanti ramai yg dilembu-lembukan, duit haram tak dapat. Kompom nanti lembu-lembu gemuk pun dapat duit RM500. Bukan sekadar bapak lembu, anak-anak lembu pun akan dapat sama.

Siksanya kita rakyat marhaen terbanyak ini nak dapatkan RM500, kena isi borang. Kena mintak cap mohor penghulu. Kena beratur panjang tengah panas nak dapatkan borang. Yang buta huruf kena mintak tolong kawan isikan. Sehari suntuk punya kerja, itu pun belum tentu dapat. Belum tentu. Kena tengok bendera apa dulu.

Tak celaka ke kalau dapat RM250 JUTA, hanya untuk diri sendiri? Tak celaka ke senang2 dapat RM250 juta? Tak payah isi borang isi apa. Boleh kenduri dengan anak beranak yang tak berapa kerat. Joli sakan. Makan sedap. Beli kondo.

Cilake. Memang cilake.

~Libang Libu~

liq