Friday, October 14, 2011

Bapak Segala Bapak Kepada 'BAPAK PEMBANGUNAN KG. BARU'

Gambar makhluk mengerikan ini dicedok
dari blog http://tukartiub.blogspot.com

Jika Turki ada Kamal Ataturk selaku bapa pemodenan Turki, Kg Baru juga bakal ada bapa pemodenan dalam bentuk 'makhluk' dalam gambar diatas yg layak dipanggil, 'Bapak Segala Bapak Pembangunan Kg Baru'.

Seperti Kamal Ataturk, 'makhluk' diatas juga berniat suci murni, yakni membangunkan Kg Baru. Tak kira apa kejadah caranya, Kg Baru mesti dibangunkan. Menurutnya Kg Baru telah lama sangat tidur. Menurutnya lagi hobi selok kocek garu telur dah ketinggalan zaman.

Sebab apa la sangat yg ada di Kg Baru, nak harap pasar juadah Jln Raja Alang? Setahun sekali dol... lapor perut menunggu. Rumah-rumah dalam Kg Baru rata2nya rumah papan, tak ada pun sehebat rumah pegawai tinggi agama Islam Datok Dr Mejar Kerusi Jamil. Pandang kiri kanan depan belakang, semua muka Melayu. Apa ni?? Ini 1Malaya la! Kita kena kongsi macam kita kongsi dan bagi terus Kg Abdulah Hukum, Kg Berembang, ingat? Kita kena kongsi, baru boleh maju macam Turki.

Sampai bila nak berumah papan ditengah kota? Sakit mata memandang... Kg Baru perlu dibangunkan, bangunan pencakar cakrawala mesti didirikan. Syarikat2 seperti Syarikat Lidah Bercabang Tiga Bhd, Syarikat Wa Mau Kapor Bhd, Syarikat Lu Putih Mata Bhd berlumba-lumba menghulurkan perkhidmatan. 'Makhluk' cuma perlu kenyit mata dah cukup. Nak canggih lagi 'Makhluk' boleh jemput syarikat Netanyahu dgn Apco-Apconya sekali.

Kg Baru tidak boleh ketinggalan dalam arus pembangunan. Justeru penduduk Kg Baru pun mestilah menunjuk gaya hidup umat yang moden. Makan pun kena moden. Tak mau lagi kedai-kedai tomyam. Roboh kedai tomyam yg menyemak ganti dengan Starbuck, panggil kedai ayam goreng tara sembelih bukak kedai, panggil segala tauke meniaga, kasi makcik goreng pisang meniaga lorong belakang.

Makhluk ini sebenarnya bukan warga jati Kg Baru. Tak ada pun susur galur bau-bau taik kucing dgn warga Kg Baru. Makhluk ini menteri, jgn memain. Jadi menteri tanpa bertanding dalam p/raya. Free-free dapat jadi menteri. Sekatak-katak Broheng Ali, ada juga kawasan diwakili walau menipu sekali pun.

Tidak kah makhluk ini dan puak2 haramzadehnya sedar...
Kg Melayu Haji Abdullah Hukum dah jadi Midvalley. sini
Kg Melayu Kerinchi tak ada dah, sekarang Bangsar South. Bangsar South!! sini
Kg Melayu Setinggan Batu 8 Ulu Kelang dah jadi Ukay fucking Boulevard. sini
Kg Melayu Berembang apa cerita? sini
Itu blom sebut bab Pulau Batu Putih (sini Pt 1 & sini Pt 2), sebab yang tinggal untuk kita cuma batu hitam 2 bijik! Kah kah kah kah!!!
Blom sebut Tanjung Pagar, bukan sekadar tanjung.. dgn pagar-pagar sekali LK Yew dah sebat!
Menatang Taik Jho Lo?
Tanah Penjara Pudu?
Kah kah kah kah!!!

Tak takut nazak macam Kamal Ataturk ke? Tak takut mati macam Kamal Ataturk ke? Kah kah kah!!!

Makhluk seperti ini ramai di alam Melayu. Makhluk ini kerjanya mudah. Ke hulu ke hilir pagi ke petang menjual air liur. Untung nasib dapat tanah orang Melayu untuk dijual. Samalah seperti si Kitul, si Mendeliar dan tak lupa juga Madey al MamakKutty.

Makhluk hebat ini dari negeri Pahang Radioaktif. Negeri casino diatas kayangan. Tidak diketahui siapa pawang-pawang handal dibelakang makhluk ini. Mungkin Biiiiiik Mama, mungkin Smaaall-time Mama, tapi seribu kali tak mungkin Ziana Zain! Kah kah kah!!!

~Libang Libu~
liq

Kapitalisma Maksima

Dicedok dari: http://www.leftycartoons.com


liq