Monday, September 12, 2011

Proton Yang Masih Tak Bengkrap-bengkrap

"Kancil?!? Naik donkey lagi selamat!"


Syarikat benda besi ilham MamakKutty bernama Proton ini sebenarnya syarikat yang wajib bengkrap. Dengan jumlah penduduk Malaysia yang tak sampai 16 juta ketika Proton ditubuhkan, Malaysia tak layak untuk memulakan industri pembikinan kereta sendiri. Lebih baik beli dari luar dari buat sendiri. Tapi MamakKutty bukan reti basa, kununnya untuk menjana industri besi negara, kununnya untuk menjana pertumbuhan pengeluaran getah asli negara dan kununnya untuk menggalakkan perpindahan teknologi dari Mitsubishi. Menjana tengkorak dia. Tengkorak dia lah yang berjambul!

Tapi macam mana Proton nak bengkrap kalau time hari raya, depan laman di kampung aku sahaja di Kuala Kangsar ada 3 bijik Proton, sebijik Toyota dan sebijik Naza. Di kampung bini aku di Bachok pulak, lagi haru! Ada 7 bijik Proton dan sebijik Honda.

Itu belum kira jiran kiri kanan belakang rumah. Proton, Proton dan Proton. Try berdiri tercegat tepi jalan tengok, Proton, Proton dan Proton. Betapa setianya rakyat dengan Proton. 9 tahun kerja keras membayar hutang Proton (klik sini). Yang betul-betul buat untung, bank yang kasi pinjaman. Proton tak reti kira untung, tiap-tiap tahun nyawa-nyawa ikan. Yang terang-terang kena kapor, pembeli Proton.

Cuba celik sikit bijik mata, tengok Hyundai, tengok Kia. Berapa jauh kereta Korea ini dah pergi dan berapa ratus model dah keluar?

Dah berpuluh tahun syarikat benda besi ilham MamakKutty ini beroperasi atas perlindungan kerajaan. Duti impot kereta asing dinaikkan, kereta import jadi mahal. Kalau duti impot itu rendah atau tiada langsung, alamat tak menang tangan Toyota nak mengimpal Vios, tak menang tangan Honda mengimpal City. (klik sini)

Siapa yang beli Proton atas sebab design, handling atau kualitinya? Ada berapa kerat makhluk yg stim sangat kat Proton ni? Lanchow la... dalam hati mengidam Honda. Selisih dengan Honda menitik air liur. Dapat peluang test drive Honda sekali, menitik-nitik air lendir! KAH KAH KAH KAH!!!

Yang peliknya, jual kat negara luar murah macam jual besi buruk. (klik sini)

Tapi orang macam aku dan engkau tiada pilihan, benda besi ilham MamakKutty ini jugalah yang termurah dipasaran. Terpaksa beli. Kalau tak beli, balik kampung naik bas. Silap-silap masuk gaung. Kalau tak beli, berpanaslah anak bini naik Honda EX5 ke klinik, ke pasar dan ke rumah sedara mara. Berselisih pulak dengan lori, bergoyang motor ya Tuan Syeikh!!

Kalau kualiti bagus serupa Toyota, tak lah orang terkilan walau pun mahal. Kualiti apa ke benda, masalah power window pun tak selesai-selesai sampai sekarang.

Pernah aku terbaca komen orang luar tentang Kancil, "Kancil?? You better ride a donkey!" KAH KAH KAH KAH!!!!

~ Libang Libu ~

liq