Sunday, September 11, 2011

6 Kupang Pun Nak Sapu?


LAGU 6 KUPANG TAK ADA, SORRY.


Masa aku kecik-kecik dulu, aku pernah hilangkan duit 2 kupang semasa bermain-main dicelah-selah pokok getah. Apa lagi, sehari suntuk mak aku 'menyanyi' sebab itulah duit poket aku berbelanja untuk hari itu. Hilang maknanya mak aku terpaksa kena cari lagi 2 kupang yang lain pulak. 2 kupang ketika itu besar nilainya. Di zaman itu bawak seringgit ke kedai boleh dapat tepung sekati, gula sekati dan kalau tambah lagi 3 kupang boleh dapat susu cap junjung satu tin. Keperluan harian murah, segala benda murah walau pun kami tak mewah. Jadi jangan hairan, dengan RM10 mak boleh bawak kami ke pekan Kuala Kangsar berjoli katak sampai ke petang. Kalau la aku hilang 6 kupang, alamatnya mak akan 'menyanyi' berhari-hari.

Itu dulu, waktu itu MamakKutty masih lagi lebat rambutnya, belum pipih pungkoqnya dan lurus lagi tulang belakangnya.

Sekarang ini 6 kupang apa sangat nilainya. Duit raya pun paling lokek kena kasi RM2. Rokok Dunhill sebatang pun dah cecah 7 kupang.

Tak puas mencukaikan telefon postpaid, sikit hari lagi prepaid pun kena cukai. Tak boleh lari. Cukai 6 kupang. Semua nak sapu sekarang ni. Dah bangsat sangat kot. Sedangkan yang banyak menggunakan prepaid ialah orang bawahan macam aku dan engkau. Cuba berjimat dengan prepaid.

6 kupang ini akan dikutip setiap kali budak sekolah, budak-budak U, budak-budak yang baru tumbuh bulu pahat, makcik-makcik suri rumah mengisi prepaid . Bayangkan kalau puak-puak ini mengisi prepaid RM10 sebanyak 10 kali, maknanya cukai telah dibayar sebanyak RM6. Budak sekolah bayar cukai? Suri rumah bayar cukai?

Apa benda ni? Semua nak disapu. Kalau semua nak disapu, apa lagi yang tinggal untuk kita. Tinggal telur dan kantung susu. Yang lelaki tinggal telur 2 bijik itu pun dah kecut-kecut kurang zat dan yang pompuan tinggal kantung itu pun dah kering tak ada susu.

Apa punya bangsat 6 kupang pun nak sapu. Penyamun pun kalau tengok duit tinggal 6 kupang, dia pun tau belas ehsan.

~Libang Libu~
liq