Thursday, August 18, 2011

Ini Ramadhan Aku Yang ke 40


Sedar tak sedar usia telah menjangkau 40.

Suka tak suka juga, aku akui sejak 20 tahun kebelakangan ini Ramadhan yang aku sambut menjadi semakin bersahaja. Aku menyambut Ramadhan seadanya dan tidak pula berasa kehilangan bila ianya berlalu pergi. It was like going through the motion.

Tidak seperti diusia belasan tahun, Ramadhan aku sambut dengan perasaan gembira. Walaupun Ramadhan ketika itu disambut serba sederhana. Jadi kalau nak kata aku gembira ketika itu disebabkan semuanya 'extra' tatkala Ramadhan, ianya nyata salah. Keluarga aku bukan orang senang, sanak saudara pun lebih kurang aku jugak dan aku juga dikelilingi jiran2 yg 'sewaktu' dengan keluarga aku. Duit beli mercun pun tak ada.

Tapi ketika itu, Ramadhan was HUGE, ENORMOUS!! Ramadhan was fiesta time! Air paip jadi sedap. Kueh jongkong mak aku was super marvellous. Bubur kacang tak laku dihari2 biasa, tapi di bulan Ramadhan rasanya sedap lain macam.

Itu dulu. Ramadhan yg aku sambut di merata tempat. Mula2 di Kuala Kangsar, kemudian Teluk Intan, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuala Lumpur balik semula, Cheras, Hulu Kelang, Bachok dan terkini di Setapak, Kuala Lumpur.

Sepatutnya sekarang inilah aku begitu merayakan Ramadhan.

Kalau dulu aku bujang terkontang-kanting, kini telah berumahtangga. Kalau dulu aku cuma bergelar lelaki, kini telah bergelar 'bapa'. Tak lama lagi tambah lagi sorang. Sanak saudara bertambah ramai. Masuk tahun baru, dapat anak buah baru.

Pikir punya pikir. Sendiri mau ingatlah. Kalau Ramadhan tidak dirayakan dengan pengisiannya, beginilah jadinya. Orang puasa kita pun puasa. Orang bertarawikh kita ikut sekali. Ala kadar. Macam mana nak dapat kegembiraan Ramadhan kalau kita tak beriya-iya dan bersungguh-sungguh mencari?

Mudah2an panjang umur aku, akan aku dapat syoknya Ramadhan yang berbaki 12/13 hari lagi ini dan berharap moga2 Ramadhan akan datang aku dapat 'turn back the clock' ke zaman belasan tahun dulu untuk aku rasa kembali syoknya menyambut Ramadhan dan rasa sedih bila Ramadhan telah berlalu pergi.

~ Libang Libu ~


liq