Tuesday, August 16, 2011

Hidung Kemek Tak Handsome Ke?

Bini aku mengandung lagi, yeay!! (here). Dah nak masuk 8 bulan kot.

Orang mengandung ni kebiasaannya tabiat dan selera makan berubah. Bukan setakat berubah, malah bertambah-tambah.

Kehamilan kali kedua ini membawa satu kelainan, yang mana pada satu ketika bini aku berselera sungguh makan makanan dari Timur Tengah. Maka oleh itu, aku yang tak tahu menahu benda apa nasik mandy, dah tau nasik mandy macam mana rupanya. Dari minum teh O kosong semata-mata, aku dah tau teh O itu kalau ditaruk daun pudina macam pak-pak Arab buat, rasanya tambah sedap. Maka keraplah kami mengunjungi restoran Pak Arab di sekitar Kuala Lumpur. Kadang kala kami pergi bersama-sama ipar duai mengkayakan Pak Arab.

Last-last, aku tanya kat bini aku, "Sedap tang mana masakan Arab nih?" Bini aku jawab, "Tak la sedap mana sangat, saja je pergi kerap-kerap kot2 anak dalam perut ni 'kenan' hidung Pak Arab, tak la ngikut hidung abang yang kemek tu!" Laaaaaaaaa..... KAH KAH KAH KAH!!!!! tu dia.

Sememang pun aku mengaku kaum kerabat aku di sebelah Perak hidungnya kemek-kemek, kepek-kepek dan pesek-pesek. Kata adik pompuan aku, hidung dia macam pelepah nyor! Ngikut abah! Hidung aku pun lebih kurang macam tu la KAH KAH KAH!!! Hidung adik lelaki aku, OK sikit, tapi still dalam kategori hidung kemek. Tapi hidung kakak aku dan hidung adik pompuan yg sorang lagi ngikut hidung mak, ada berbatang. Aku tak kisah sangat pun bab2 hidung ni, pegi mampos la kemek ke kepek ke pesek ke, janji aku hensem. Tapi bini aku ni nak sangat hidung anak kedua ni macam hidung dia, mancung tirus tinggi berbatang.

Kaum kerabat sebelah bini aku di Kelantan semuanya berhidung mancung. Baik lelaki mahu pun yang pompuan. Semua hidung bak Pak Arab. Tinggi tajam. Kalau cecah kat belon, malatop belon KAH KAH KAH!!! Kalau lambat cabut bulu hidung, nampak terjulur-julur bulu hidung dek kerana tingginya hidung itu. Berbanding aku yang berhidung kemek ini, 2 minggu tak trim bulu hidung pun tak apa.

Aku berpendapat, perbezaan ke'mancungan' ini disebabkan satu faktor. Faktor genetik. Kami di Perak  berketurunan Mongoloid manakala di Kelantan mungkin berdarah Kaukasian. Mungkin. Sebab salah satu perbezaan ketara Mongoloid/Kaukasian ialah berbatang/tak berbatang hidungnya.

Penting sangat ke hidung mancung/kemek/kepek ni? Telinga aku mudah sangat berdesing kalau orang mention hidung anak aku kemek, sebab hidung aku kemek. Kalau orang mention hidung anak kedua aku nanti mancung pun telinga aku berdesing, sebab hidung aku ni kemek. KAH KAH KAH KAH!!! Sebok sangat apa pasal??



This is dear lovely beauty of mine, Zahra.
Zahra hidung kemek macam hidung bapak.
Anak bapak, Kah kah kah kah!!!



liq