Thursday, April 14, 2011

PUAKA Ini Telah Terlampau Kenyang


Bumi Sarawak telah hampir 2 tahun aku tinggalkan setelah menumpang disana selama 10 bulan. Aku ke sana menemani isteri yang sarat mengandung. Dalam empoh 10 bulan itu aku telah ke Kuching, Sibu, Sarikei, Pulau Bruit, Kg Sebako dan akhir sekali Kg Baru, Daro.

Sarawak amat luas, sekiranya boleh diangkat Semenanjung Malaysia ianya boleh dimuatkan di dalam bumi Sarawak dan masih ada kawasan berbaki.

Sarawak kaya dengan hasil semula jadi. Paling menonjol ialah petroliam dan pembalakan. Tapi kenapa Sarawak begitu ketinggalan jauh dibelakang?

Aku boleh buat kesimpulan bahawa ini angkara PUAKA yang amat bijak dan secara tersusun dan tanpa disedari telah memperbodohkan warga Sarawak selama lebih 30 tahun untuk mengaut kekayaan Sarawak untuk diri dan kroni-kroninya. Apa sahaja yang dibuat oleh PUAKA ini hanyalah untuk terus memperbodohkan dan menyusahkan hidup warga Sarawak. Lagi bodoh lagi bagus, boleh terus dipijak-pijak kepala. Lagi susah melarat merempat lagi bagus, senang dicucuk hidung.

Mula-mula sekali PUAKA ini terus membiarkan sistem pengangkutan awam terus macam haramjadah, baik jalan darat mahu laluan air. Pengangkutan udara agak baik, tapi berapa kerat yang mampu naik belon? Pengangkutan awam yang macam haramjadah inilah yang membataskan pergerakan warga Sarawak. Pergerakan yang terbatas sudah tentu akan membataskan maklumat terkini. Maka kekal warga Sarawak dibawah tempurung.

Sepanjang aku menumpang di Sarawak, siksa benar untuk mendapatkan surat khabar. Biasanya suratkhabar lambat satu hari di Daro, lambat seminggu di Pulau Bruit dan lambat 12 jam di Sarikei. Anda mahu cari Rocket, Suara Keadilan, Harakah? Jangan mimpi, baik pesan dengan kawan di Semenanjung terus. Maknanya, kalau PM kita dah mati, rakyat Sabah dan Sarawak lah paling akhir mengetahuinya melalui suratkhabar. Rata-rata suratkhabar di Sarawak saban hari menayang muka PUAKA ini, cantek punya propaganda. Memang niat PUAKA ini tidak mengizinkan warga Sarawak membaca. PUAKA ini tidak mahu warga Sarawak terbuka mindanya.

Selama 10 bulan aku diam di kawasan-kawasan pendalaman di Sarawak. Di kawasan-kawasan bumiputera tinggal dan bekerja mencari sebijik nasi. Aku telah merasa memasak dengan air hujan, membasuh dengan air hujan, mandi junub dengan air hujan dan basuh berak dengan air hujan. 53 tahun merdeka tapi masih ada rakyat Malaysia basuh berak dengan air hujan. Tak cilaka ke PUAKA ni?

Bekalan api letrik Sarawak dibekalkan oleh Sesco, disini tiada TNB. Dalam kepala aku, menatang Sesco ini pastilah kepunyaaan suku-sakat PUAKA ini, itu pasal PUAKA ini tidak membenarkan TNB masuk ke Sarawak. Pun begitu, bukan semua kawasan dapat menikmati kemudahan elektrik, hanya kawasan bandar dan segelintir kawasan pinggir bandar. Penduduk kawasan pendalaman boleh lah berdoa siang malam pagi petang supaya matahari tak akan terbenam tiap hari, supaya tak bergelap. Memang cilaka PUAKA ini dia tak kasi anak-anak tempatan menelaah pelajaran untuk jadi pandai.

10 bulan aku diam dikawasan pendalaman bumiputera dan aku memahami betapa peritnya kehidupan bagi warga tempatan. Harga barangan makin melambung, sumber rezeki makin sempit. Hutan sudah ditarah PUAKA untuk dijual balaknya. Habis balaknya, hutan diganti dengan hutan kelapa sawit. Sisa sawit ini mengalir melalui sungai dan terus ke laut, mencemari alam di sepanjang laluannya. Membunuh segala flora dan fauna yang selama ini menjadi sumber rezeki penduduk pribumi Sarawak. Cilaka sungguh PUAKA ini.

Sudah lama sangat PUAKA ini berkuasa di Sarawak. Sepatutnya dengan hasil bumi yang dimiliki, Sarawak adalah antara negeri terkaya di Malaysia bukan antara yang tercorot. PUAKA ini dah kapur semua.

Aku harap sekiranya aku kembali menziarah bumi Sarawak dimasa akan datang, besarlah harapan aku bukan PUAKA ini yang memegang tampuk kekuasaan Sarawak. PUAKA ini telah mati lemas dikepit apam Lebanon.

liq