Saturday, January 29, 2011

Husam Musa Menulis

Husam Musa menulis dgn gaya bahasa orang berilmu dan penuh adab, walaupun telah dibahasakan 'penipu' atau 'pengangkut najis Ariffahmi' oleh blogger yg dah macam tak kenal halal haram dan seolah-olah lubang teliganya sudah disumbat najis mughalazah, lubang hidungnya asyik menghidu bau najis mughalazah dan matanya telah sebati dengan melihat najis mughalazah.

Moga2 temboloknya belum dimasuki najis mughalazah lagi. Amin.

Oleh Husam Musa,
Thursday, January 27, 2011
Arked Uda Mesti Kekal
Ada blogger tersepit ekornya bila Kerajaan Negeri Kelantan umumkan akan mengambil balik tanah Uda di Kota Bharu.
Dari 'lubang kubur Nik Aziz' sampai kepada 'aku akan panggil engkau penipu' berhamburan keluar. Kenapa mesti panas baran dan sensitif melampau?
Teori 'kerugian ketiga' kononnya akan berlaku jika tanah Uda itu diambil balik. Berapa pula kos akan terlibat.
Menjadi blogger bukan bererti kita faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. Kitalah super hero maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil.
Ambil balik tanah Uda - kesudahannya rugi akan jadi lebih besar.
Semudah itukah? Saya tanya sekali lagi, semudah itukah?
Kalau semudah itu kerugian boleh berlaku dan blogger berkenaan nampaknya amat handal bab untung rugi, sepanjang kareer beliau venture di sana sini, rekod beliau untung saja? Ada rugi sekali sekala. Macam mana boleh rugi? Dalam handal ada kurangnya, bukan?
Tanah prime seluas 1.5 ekar di tengah bandar Kota Bharu dengan muka hadapan jalan, tidak boleh dijanakan dengan komponen komersial yang boleh janakan keuntungan, selain memenuhi tanggung jawab menyediakan kemudahan premis perniagaan untuk peniaga kecil dengan harga yang berpatutan? (Klik SINI utk membaca lagi)

(Klik SINI PLAK kalau nak baca tulisan blogger najis)

liq