Saturday, December 31, 2011

Isa Katik Akan Menaikkan Harga TEH TARIK

Madu tualang power! Click here
11 NGO dan 4 warga Felda sedang sibuk sesangat untuk menghalang penyenaraian Felda ke bursa saham, menghalang EGM Felda 5 Januari ini dan menggagalkan pertabalan Isa Katik sebagai pengerusi koperasinya. Menurut member aku, daripada 11 NGO itu cuma 2 shj yg ada kena bau-bau bacang dgn Felda manakala selebihnya 11 lagi itu sikit haram bau taik palat pun tak ada.

Pun begitu harus diketahui perangai NGO-NGO ini terutamanya NGO pro-Pakatan serupa perangai hyena/dubuk. Hyena kalau dapat bangkai, dia tak balun dan pulun sorang-sorang (seekor-seekor). Tak larat. Sure dia panggil gang, lagi ramai lagi sedap bangkai lagi senang mengerjakannya. Isu ini dah memang serupa bangkai. Balun jgn tak balun. Apa saja isu dan dasar bahalol UMNO/BN, balun. Free-free dapat political mileage. Biar UMNO/BN tersangap-sangap. P/raya dah dekat.

Kena ingat 99.9% peneroka ialah orang Melayu. Kalau dibagi geran, sah tanah itu milik Melayu. Ramai wooo... Ini yg menyerabutkan isi perut UMNO/BN, sebab negeri yg banyak tanah rancangan Felda ialah Pahang dan Johor, betul? Kalau UMNO/BN terbungkas di Pahang dan Johor macamana?

Berak cair Madey al MamakKutty. Jangan mimpi naik jambatan bengkang-bengkok Selat Teberau lagi. Meraung suku-suku sakat di Iskandar.

Akan habis harta benda Goh Tong dipunggah ke Marina Bay Sands. Tapak kasino Genting haramjadah itu kita tukarkan jadi tapak hospital termoden dalam dunia. Pesakit gerenti cepat sembuh, sebab view cantek.

Diulang sekali lagi, kalau dah jadi saham, sapa2 pun boleh beli saham FELDA, kan? Ananda boleh beli banyak2 saham FELDA, Vincent boleh beli, Baukari boleh beli. Mana milik Melayunya lagi? Cukup la ada sorang gatal batu pliaq nak jadi Bapak Pembangunan Kg Baru, Kuala Lumpur.

Jangan tak tau puak2 Ananda, Vincent, Baukari itu bapak jin buragas kapitalis. Untuk mendapat untung besar dan cepat, minyak masak kompom akan naik harga. Tapi janganlah risau, harga minyak masak kita akan dijamin oleh kerajaan UMNO/BN jauh, jaaauuuuhh... lebih murah dari harga minyak masak di Sweden, Iceland dan Norway.

Sekarang ini pun harga karipap 3 bijik saiz tapak kaki bayi pun dah RM1.00. Itu contoh minyak masak punya penangan. Belum kira beras, gula, tepung dan petrol.

Yang paling cilakenya, teh tarik pun akan kompom naik harga. Korang tak tau? Yang korang teguk bergelas-gelas sehari tu bukannya ada susu pun. Susu isian pekat manis lemak berkrim itu sebenarnya susu isian lemak kelapa sawit!

Kah kah kah kah!!! Malang betol la kita orang Melayu ni, minum teh pun nak disengat Isa Katik. Kahkahkah!!!

~Libang Libu~

Artikel Felda dan Harta Karunnya

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.