Thursday, December 15, 2011

Ikan Bilis Kena Gantung

Madu tualang power! Click here
Pernah terbaca "Ikan jerung kena gantung sampai mati"?
Ikan jerung susah nak masuk bubu,
kalau masuk bubu, dgn bubu-bubu koyak rabak.


Yang kantoi kena gantung ialah buruh, penoreh getah,
mandor, penganggur.


Matematiknya simple, kalau rumah kita ada 2 kilo gula,
mesti tauke kedai runcit ada berguni-guni gula.

Kalau Rosdi Taib ada 4,992 pil methamphetamine,
agak2 tokan dia ada berapa lori pil methamphetamine?


Edar methamphetamine: Buruh ke tali gantung
13/12/2011 5:53pm
KOSMO

KOTA BHARU – Seorang buruh hari ini dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar 4,992 pil dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosdi Taib, 43, dari Rantau Panjang, selepas menyabitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut.

Tertuduh didakwa mengedar dadah itu di depan sebuah kedai runcit di tepi jalan Kampung Batu Karang, Pasir Mas pada 7 petang, 8 Disember 2009 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Rosdi kelihatan tenang sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.