Tuesday, December 27, 2011

FELDA dan Harta Karunnya

Madu tualang power! Click here
Ada 2  benda penting yang ditunggu-tunggu oleh warga FELDA sekarang ini.

(1) keputusan permohonan injunksi oleh peneroka untuk menghentikan penyenaraian FELDA FGV dibursa saham dan,

(2) Mesyuarat Agung Luarbiasa Koperasi Permodalan FELDA pada 5hb Januari 2012.


Benda pertama jangan usik. Itu mahkamah punya hal.

Benda kedua memang boleh diusik dan dibuat lawak. Mula-mula sekali, nak buat EGM pala bana apa... its a foregone conclusion. Suka tak suka, Isa Katik akan jadi pengerusi KPF. Walaupun Isa Katik ini bukan dari golongan peneroka juga bukan pekerja FELDA. Moyang dia bukan peneroka. Datuk dia pun bukan, bapak dia pun bukan. Isa Katik ini nak pegang pelepah sawit pun ngeri. "Borduri! Goli den!!!" Tup tup jadi pengerusi.

Tetapi lu sendiri mau ingat beb... sendiri mau ingat sapa boss Isa Katik. Boss Isa Katik dah bagi green light. Ada brani mau lawan? Isa Katik ini akan jadi Pengerusi KPF sampai kiamat.

Lu sendiri mau ingat beb... Isa Katik ini kamcing amat dgn boss. 'You help me I help you' kah kah kah kah!!! Minat pun sama. Sama-sama minat bidang seni suara. Terutama yang boleh nganga luas-luas macam Ziana Zain. Boleh tinggal kerja opis jap, turun Port Dickson. Kah kah kah!!! 

Kita tidak perlu di'sidetracked'kan oleh Isa Katik ini sebenarnya, lantaklah dia nak jadi pengerusi KPF sampai kiamat. Perkara yang paling membimbangkan ialah penyenaraian harta benda pusaka datuk nenek moyang orang FELDA ke bursa saham.

Kalau dah jadi saham, sapa2 pun boleh beli saham FELDA, kan? Ananda boleh beli banyak2 saham FELDA, Vincent boleh beli, Baukari boleh beli.

Habis peneroka tinggal hapa? Letih...

Kalau nak tau lebih lanjut,(klik sini) , (kemudian sini) and say thanks to Sakmongkol

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.