Thursday, May 19, 2011

Kari Kambing WORLD!

Madu tualang power! Click here

Restoran Suberi Nasi Kandar memang special bagi aku. Restoran ter'special' dalam dunia. Sebabnya disini lah aku pertama kali 'lunch date kari kambing' dengan bini aku dulu.

Restoran ini terletak di Hulu Kelang, Selangor. Kalau nak pergi tengok peta kat atas, berpandukan A(Masjid Ar Ridhuan) dan B(Restoran Suberi Nasi Kandar). Restoran ini terletak dicelah deretan bengkel-bengkel perabot, logam dan bengkel kereta. Senang nak cari.

Pagi-pagi lagi restoran ini sudah beroperasi menyediakan sarapan pagi ( roti canai & roti boom memang superb!) kemudian makan tengahari membawa ke makan malam. Sekarang ni dah operate 24 jam kot.

Tarikan utama restoran ini ialah kari kambing nasi kandarnya. Boleh dikatakan penggemar kari kambing Hulu Kelang pasti tahu restoran ini. Masak stail mamak. Lauk bermacam-macam jenis, tapi sayur 2, 3 jenis je. Sayur kobis, sayur tauge, kadang-kadang ada kari terung. Macam mamak berniaga la, dia suruh kita pulun lauk. Boleh sembelih sikit harga. Tapi harga Suberi Nasi Kandar very reasonable. Itu pasal dulu, hari Sabtu Ahad aku tak miss kari kambing Suberi. Duduk berjam-jam bawak rokok Gudang Garam Suria dan baca paper. Paper pun disediakan, free.

Tauke restoran ini orang utara, sebab aku dengar dia dok ber'hang-hang' dengan staffnya tapi aku tak sure Perlis/Kedah/Penang. Pak Suberi very friendly, kopiah tak tinggal. Dengar ceritanya dia berkuli-batak bertahun-tahun dengan mamak semata-mata untuk mendapatkan resipi dan di mana nak beli bahan-bahan masakan.

Tapi yang palatnya, sini parking selalu penuh. Kena la parking jauh-jauh sikit. Tapi menapak kan bagus? Lagi pun selepas mencekik kari kambing Suberi, dah berkalori-kalori masuk perut, apa salahnya menapak sikit? Kan? KAH KAH KAH KAH!

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.