Wednesday, April 20, 2011

PERNAH Baca BISMILLAH Sebelum Makan?

Madu tualang power! Click here
Pernah tak?

Ini persoalan remeh. Leceh. Tapi cuba menung-menungkan sejenak. Pernah tak? Dari pagi, ketengahari kepetang kemalam. Makan, mencekik, menyumbat dan melantak. Semua balun. Burrrrrp! Kenyang. Sebut Alhamdulillah? Kah kah kah kah kah! Bismillah pun malas nak sebut, inikan nak pulak sebut Alhamdulillah. Ptuih!

Gerenti ramai diantara kita akan mengatakan, mestilah baca Bismillah, kitakan orang Islam. Orang Islam baca Bismillah sebelum makan. Kalau tak baca Bismillah setan iblis akan makan dulu, setan iblis akan kencing berak atas makanan sebelum masuk perut kita, setan iblis akan kacau makanan dengan najis sebelum masuk perut kita. Mak kita suruh baca Bismillah sebelum makan, ustaz kita marah kalau tak baca Bismillah sebelum makan. Baca Bismillah penting wooooo....

Lunch-chow laaaaa.. jgn nak kencing. Cuba ingat-ingatkan balik, bila last kita baca Bismillah sebelum makan?

Sure ada pulak yang kata, kami baca 'dalam hati'. Bab ini lagi haru, dok main dalam hati. Kalau baca Bismillah boleh 'dalam hati', try la 'makan dalam hati'. Boleh? KAH KAH KAH!

Agak-agaknya inilah punca utama masalah kegemukan yang melanda masyarakat Melayu kita. Macam mana nak slim? Makan tak baca Bismillah, kunyah tak lumat, tak hadam, mencekik banyak bukan main dan lemak makin berkumpul tiap hari.

Cuba tanya Bik Mama yang gedebab, "lu makan ada baca ka?" Hadiahnya 'smack-down' separuh nyawa!
KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.