Wednesday, April 20, 2011

Miskin, Buta Huruf dan PUAKA

Madu tualang power! Click here

Aku tak ada perangkaan kadar kemiskinan dan buta huruf di Sarawak. Cumanya, aku terfikir keputusan PRN Sarawak baru-baru ini ada kena mengena dengan kadar kemiskinan dan kekurangan ilmu pengetahuan penduduknya. Kalau aku sebut buta huruf sekali lagi, sure melenting orang Sarawak.

Satu Malaya dah tau PUAKA itu telah menang besar lagi. PUAKA itu telah mengekalkan kuasa ditangannya dengan undi-undi luar bandar/pendalaman. PUAKA itu jadi raja lagi walaupun telah menyebat merembat harta pusaka orang Sarawak dengan banyaknya. PUAKA itu tak heran langsung undi di bandar tidak lagi memihak kepadanya. Tapi bagi aku, lagi menghairankan bagaimana orang Belaga (kawasan empangan Bakun) masih memilih parti PUAKA itu?

Inilah untungnya bila rakyat tidak diberi jadi pandai. Biar moyang, datuk, bapak, anak, semua sekelian dalam keluarga sekadar tahu ABC sahaja. Air batu campur. Tak payah belajar tinggi-tinggi. Macam mana nak belajar tinggi-tinggi, negeri kitak penuh hutan kata PUAKA. Nak pergi sekolah susah, naik bot turun bot boleh mati lemas. Boleh dibaham buaya. Masuk hutan keluar hutan, baru sampai sekolah. Silap hari bulan masuk perut singa.

Baik kitak tak payah pergi sekolah, kata PUAKA.

Inilah untungnya bila rakyat tak diberi jadi pandai. Boleh sumbat apa saja dalam mulutnya.

BN bagus. Baguuuuuussss... PBB Bagus. Bagussssss. Apam Lebanon baek. Baeeeeekk!! Pilihlah parti cap PUAKA. Satu pulau dengan tupai-tupainya sekali pakat ramai-ramai memilih PUAKA. Itu pasal sejak dari zaman Madey MamakKutty lagi, harga buku di Kinokuniya boleh buat beli beras 90 kilo. Mahal. Supaya orang tak beli, tak mampu nak beli. Baik orang beli beras. Kalau sepanjang hayat asyik beli beras, tak pernah membeli buku, jadi bodohlah jawabnya.

Bodohkan mereka, nescaya lambat-laut akan ku cucukkan hidung mereka, kata PUAKA.

Sewaktu aku menumpang di Sarawak dulu, aku pernah terdengar satu peribahasa yang amat celaka, "lagi mudah membeli Iban dari membeli ikan masin". Menyedihkan. Nampak sangat suku Iban ini sengkek tiada umpama lagi. Ikan masin pun dah jadi lebih berharga dari Iban. Walhal Sarawak tanah Iban, bukan tanah untuk Melanau PUAKA sahaja.

Inilah untungnya bila "Balak diutamakan, Iban dimiskinkan." Anak Alfred Jabu bawak 3 lori beer masuk hutan, satu Sarawak punya Iban sudah kaw-tim. Inilah kerja PUAKA selama 30 puluh tahun memerintah, meranapkan sosio-ekonomi Iban dan lain-lain suku yang bergantung pada hutan.

Tabur pasir dalam periuk nasi mereka, lambat laun Iban ini akan ku cucuk-cucuk hidungnya, kata PUAKA.

Tapi PUAKA ini lagi hebat, bukan sekadar pasir tapi segala macam racun ditabur. Sampai kehari ini Iban masih lembek tak boleh nak bangun-bangun berdiri diatas kaki sendiri. Inilah suku yang satu masa dahulu pahlawan memenggal kepala musuh, tapi kini tunduk merangkak dengan kepala agung yang PUAKA hulur. Bukan banyak pun kepala agung yang PUAKA ini hulur. Tapi disebabkan miskin, dengan RM50 mewahlah sekejap dengan ikan masin. Maka terpangkahlah undi untuk PUAKA.

Paling palat lagi, sudah lah hutan adat Iban ditebang, balak dijual haram sekupang tiada habuan untuk Iban, tanah dijadikan ladang sawit, Iban si tuan tanah adat asalnya kini jadi kuli batak ladang sawit PUAKA. Kena perah kena pulas.

Memang celaka amat PUAKA ini. Mana perginya bomoh-bomoh power suku Iban ini? Kasi santau sama ini PUAKA!!!

Apa? Bomoh Iban pun dah kena penangan kepala agung??? KAH KAH KAH KAH KAH!!!!

~ LibangLibu


No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.