Tuesday, February 7, 2012

YB Ameno Dulu Tak Se-LAHANAT YB Ameno Sekarang.

Madu tualang power! Click here

Masa aku kecik² dulu, YB jajahan aku orang Ameno. Ameno pekat likat, toreh kulit keluar darah biru. Semua orang kenal. Namanya YB Aris bin Akupuntaktau.

YB Aris disegani semua puak, walaupun puak berketayap. Sebab orangnya serba sederhana. Ada kereta Citroen kerajaan punya, drebar digajikan kerajaan. Duduk dalam rumah batu, pun kerajaan punya. Tak ada kolam renang nak mandi telanjang pun. Ada orang gaji yang aku rasa kaum kerabat dia juga.

Rumah batu kerajaan memang selesa. Ada jamban duduk bersila dalam rumah, jamban aku jamban cangkung kat luar rumah. Nak berak kena bawak ubat nyamuk.

Rumah YB berlampu kalimantang terang benderang, rumah aku pelita minyak tanah. Ditiup angin gelap sekejap satu rumah sementara nak meraba-raba cari mancis.

Rumah YB ada byk paip air, sampaikan satu paip khas utk pancut kereta. Rumah aku ada satu sahaja kepala paip dalam bilik mandi, pun kat luar rumah.

Walau pun aku tak tau apa yang YB cekik siang malam, tapi aku dapat agak mesti yg sedap² yg aku tak pernah rasa. Aku pun mencekik yg sedap², ayam kampung, ikan sungai dan segala bagai ulam ada keliling rumah.

Anak-beranak dia aku tak pernah tau, semua low-profile.

Kehulu-kehilirlah YB Aris dgn bush-jacket warna kelabu taik anjing. Semua puak senang dan tidak beriri-hati dgn cara hidup YB Aris, termasuklah puak berketayap.

Sekarang tinggal 4,5 ketul sahaja YB dari puak Ameno macam YB Aris.

YB Ameno sekarang kalau tak berkereta 7, 8 bijik tak sah. Kalau duduk rumah batu kerajaan punya, berdosa besar. Contoh rumah² YB Ameno skrg macam yg dalam gambar. Mesti 2, 3 tingkat. Nak cantik lagi taruk menara. Kalau tak berskandal, masuk tahap pelik. Kalau tak mengapor, dah tak join klik pulak. Kolam mandi wajib, takde kolam tak boleh buat babi-que tepi kolam. Nak jumpa? Kena lepas 2, 3 lapis Pak Guard dulu. Anak² tak kira ada lesen atau belum, kereta sorang satu. Mengangkang pun dapat duit.

Mewah. Membazir. Boros. Menunjuk-nunjuk. Bongkak. Bodoh. Tongong.

Dari langit mana lahanat-lahanat ni dapat duit? Rumah satu hal, kereta² mewah satu hal, bini 3 satu hal, anak-pinak perangai macam sial satu hal, berjoli-sakan satu hal.

Kalau hidup bergantung gaji sebagai YB, cara hidupnya tak akan berbeza dgn YB Aris. Tak kaya raya, cuma selesa.

Dari mana YB² Ameno lahanat ni dapat duit? Duit turun dari langit mana, kalau tak korup?

~Libang Libu~

1 comment:

  1. Salam,maaf lewat.blog demo ambo dah linkkan dalam senarai blog pilihan ambo 2.Jangan lupa linkkan sama blog ambo...

    ReplyDelete

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.