Wednesday, December 15, 2010

BABI

Babi ini amat cun.
Babi ini amat terkenal diMalaya sekitar tahun 70an.
Ini lah Parveen Babi, artis Bollywood yang masyhur seantero dunia!

ANAK: Ladang Felda dipenuhi babi hutan



Dakwaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah yang terbaik, disangkal kerana masih wujud banyak kelemahan dan kegagalan agensi tersebut terutama dalam pelaksanaan tanam semula, lapor Harakahdaily.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan beliau menemui bukti kegagalan Felda yang membantu peneroka yang menyerahkan ladang kepada agensi berkenaan.

Menurut Mazlan, apa yang ditemuinya di Felda Chiku 1 dan Felda Prasu amat memeranjatkanya.

“Bukti yang saya temui itu amat memeranjatkan kerana tidak menyangka Felda yang didakwa agensi terbaik dalam kerja perladangan tetapi gagal melakukan penanaman semula terbaik malah merugikan peneroka.

“Satu masa dulu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda menahan wang tabung tanam semula (TTS) kerana ada peneroka tanam sendiri beli barang lain dan ladang semak dipenuhi babi hutan. Sekarang saya nak tunjukkan, ladang Felda yang dipenuhi babi hutan,” katanya.(KLIK untuk artikel penuh)

liq