Monday, May 24, 2010

1Murid 1MAKAN-FREE

bukan Satu murid satu sukan mulai 2011

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sebagai salah satu komponen program transformasi pendidikan bermula tahun depan.

ga ga ga ga ga!!!! glug glug glug!

Wak Dogol... reket tenis bukan boleh makan..thee he he

Wak Dogol... bola pingpong memang macam telur penyu, tapi tak boleh makan..thee he he he

Wak Dogol... bebudak lapar mencari nasik, bergolek-golek atas padang tak mengenyangkan.. lapor lagi ada..thee he he

Buat lah program mengenyangkan perut bebudak, gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka ati, senang study! ..thee he he 

Buat hape mengenyangkan tauke kasut bola, tauke 100plus, tauke tali skipping..

GA!GA! GA! GA!GA!GA!GA! GA!GA!GA!

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar yang mendapat reaksi positif warga pendidikan itu bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, melalui penglibatan dalam bidang sukan, negara mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat untuk bertanding dan bersaing secara sihat.

liq

Jamban Kami Masih FREE

Lesen guru tak praktikal
Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azis Ngah
bhminggu@bharian.com.my
2010/05/23

Syarat tidak sesuai untuk pendidikan percuma: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini tidak praktikal dilaksanakan kerana kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang Menteri Pelajaran, berkata buat masa ini, kerajaan belum mahu melaksanakan syarat lesen perguruan itu kerana ia bukan langkah yang sesuai. Katanya, syarat lesen perguruan hanya dicadangkan guru dan guru besar yang berbincang dengan kementerian sebelum ini.

GAGAGAAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGA! GAGAGA! GAGAGA!

Gagal berpijak di bumi nyata..masih diawang-awangan, sudah2 lah tu..Sibu dah kantoi!

Mana ada pendidikan percuma..janganlah auta teruk sangat, budak Taska pun tau..thee he he

Buku latihan bukan boleh dapat dengan air lior..mak bapak terkeluar air lendirlah bekerja banting tulang nak membeli aneka buku..thee he he

Kelab komputer? tak bayar tak boleh masuk..tak dapat main game, meraung la bebudak, gugur janggut bapak selai-selai..thee he he

Itu belum tambang sekolah, belum makan pagi, makan tengahari kat kantin kroni...thee he he he

Cuma mak-bapak masih lagi berterima-kasih kpd kementerian si anu, sebab jamban sekolah masih FREE...!

GAGAGAAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGA! GAGAGA! GAGAGA!
“Soal pelesenan guru tidak berbangkit dan saya berpendapat ia tidak praktikal dilaksanakan di negara ini. Buat masa ini lesen hanya untuk penubuhan sekolah swasta, untuk guru kita tidak fikir ia sesuai.

“Pada masa ini, kita fikir ia hanya satu pandangan,” katanya selepas majlis Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini, semalam.

liq

Tiada lagi BUFFET RAMADAN di Hotel-hotel

Akibat tiada sijil halal

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

AMPANG – Tiada lagi majlis anjuran kerajaan akan diadakan di hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wooooo...dah jadi timbalan menteri al Ustazah Mashitah..thee he he

Habis bengkrap hotel-hotel serata 1Malaya..customer tetap dah lari..thee he he

Sebab tak ada logo halal..thee he he berapa kerat yang ada logo halal pun..

Mana hotel tak ada pub? Mana hotel tak ada bar? Mana hotel tak ada air-kencing-setan?..GA!GA!GA!

Boleh jamin ke samak pisau? samak sudu garpu, samak pinggan mangkuk..

Selama ni dok sedap mencekik bufet Ramadhan apa cerita?

GA!GA!GA! tipah tertipu! tipah tertipu! GA!GA! tertipu..!



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, pendekatan itu terpaksa dilakukan ekoran kedegilan kebanyakan hotel bertaraf empat dan lima bintang di negara ini yang enggan memohon sijil halal seperti yang dituntut.

liq