Monday, March 29, 2010

Malaysiakini Sudah Silap...


RM52 bilion ghaib.

Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria
dipetik dari AnwarIbrahimblog.com


Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah ..lagi

Laaaaaaaaaaaaa....
Silap tu..silap besar

Apa punya reporter daaaaa..
Tersalah buat laporan..
Lembu punya susu, katak dapat nama..thee he he

Bukan Lim..dia orang Cina
Dia apa peduli saham Melayu lesap, kena kapor, kena songlap..
Broheng Ali tu..
Broheng Ali sebenarnya membawa isu ini ke Dewan Rakyat..
Broheng Ali si pejuWang..

Broheng Ali bertanya..

"Mana pegi RM52 biliun? banyak tu..menitik air lendir I.."
"Kalau you all tak reti nak invest, kasi I manage that sum of money"
"I kenal Vincent Tan, I boleh invest that money kat company dia"

"Bukan. Bukan company judi, I dah compom dgn dia over lunch yesterday"

liq

Beruk Jangan Dibagi Cincin

Oleh Anak Rantau Melaka


MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sudah menghebahkan kepada media, Hentian Puduraya akan ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja meningkat taraf hab pengangkutan awam itu mulai 19 Mac; tetapi mengapa tiba-tiba ia dibatalkan pula.

Seluruh ‘kampung’ sudah heboh, tetapi ‘ tiba-tiba tidak jadi kahwin’ pula? Maka berterusanlah Hentian Puduraya menjadi tumpuan warga kota berpendapatan rendah dan sederhana serta perantau bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ..lagi

Laaaaaaaaaaaaa...toi!
Ini hapa ni?
Main sorong sentap..


Kejap repair..kejap kata tak nak repair..
Sepang Circuit licin bilion2..boleh pun..
Stadium Terengganu..siap. Sampai runtuh2 la..thee he he

Itu la pasal..
Kera beruk jgn bagi cincin..thee he he
Bukan tau buat hape..

*ada ke org Melayu nama Nong?
ada ke menteri tak ada kawasan?

liq

A Karaoke Session With the Prezzzzdent, Anyone?


Don't underestimate MCA
Selena Tay, Segambut

While Chua Soi Lek has emerged as the winner of the MCA fresh polls, this writer doubts that it is as plain or as simple as that. This is because there seems to be an invisible hand that managed to sink Ong Tee Keat. Or rather his obstinacy in getting to the bottom of the PKFZ scandal sank him to defeat.

Coffee-shop talk in Kepong is that there is a movie director behind this drama. Ong Ka Ting, the past President of MCA who for so long has been so quiet suddenly jumps into the fray to contest for the President’s post. Coffee-shop talk is that someone instructed Ong Ka Ting to contest for the top post with the purpose of drawing votes away from Ong Tee Keat..more


Laaaaaaaaaa....
Ini president dia
..

Ini yang dijunjung..dijulang..thee he he
Ameno-koko pun setuju sangatlah..

Apa ada hal..
Yang ber'mak we' budak sekolah pun ada..
Sihat walafiat sampai sekarang..
Yang menggosok2 buntut orang, berapa ramai..thee he he
Hidup riang ria sampai ke laaa ni..
Apa ada hal..

Ini setakat Mr Prezzzzdent main 'karaoke'...
Apa ada hal dol....
thee he he you know la this country..

Freedom of expression.
You know freedom of expression or not?
Pls check with DBP..

Dewan Bahasa berPPSMI



liq

Acara Meraikan Tauke-tauke


8,423 atlet, pegawai ke Sukma Melaka
29/03/2010 12:13pm

KUALA LUMPUR – Seramai 8,423 atlet dan pegawai mengesahkan penyertaan mereka pada temasya Sukan Malaysia ke-13 (Sukma) di Melaka yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini.

Pengarah Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Jalil Abdullah berkata, ia ..lagi

Laaaaaaaaaaa..
Ramainya..berapa atlet, berapa pegawai ni?


Brapa rekod nasional pecah..
Berapa rekod Asia Tenggara pecah..
Jgn cerita rekod Asia dulu..
Rekod dunia boleh mimpi, boleh ngigau daaa..

Ini acara nak mengkayakan tauke..
Tauke air mineral..
Tauke nasik bungkus..
Tauke potong rumput..

Sudah2 la tu..
Sekor haram pun tak boleh jadi Nicol David.

liq

Bila Nak Gempur Genting Pulak?


Kasino rimba digempur

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/29

KUALA LUMPUR: Pusat perjudian ala ‘kasino rimba’ tumpas selepas digempur pihak berkuasa, semalam dan dipercayai beroperasi sejak dua minggu lalu, malah penganjur didakwa mampu mengaut kira-kira RM20,000 bagi satu-satu pertaruhan dan dipercayai terbesar seumpamanya bagi tahun ini.

Dengan menjadikan aktiviti laga ayam dan bola golek sebagai pertaruhan utama, lokasi pusat perjudian terbabit didapati agak tersorok daripada pandangan masyarakat selain berselindung di sebalik rumah kongsi projek pembinaan kondominium ..lagi

Laaaaaaaaaaaa...
Itu pun nak gempur ke
..
Kasi can la..
Last-last ayam tu boleh jugak dibuat lauk..
Makan ramai-ramai..thee he he

Kalau nak gempur..
Gempur Genting tu..thee he he
Tapi buat senyap..jgn sampai Broheng Ali tau.
Melompat2 dia nanti..

Jgn susahkan bisness partner dia kat atas tu..thee he he
Kasi can la Vincent Tan..

Nanti dah dekat p/raya..
Nak 'hello' kat dia jugak.

liq

Proton Cermerlang,Gemilang ...


BYD's hybrid car launched


HONG KONG, March 28 — Chinese car and battery maker BYD Co, backed by US billionaire investor Warren Buffett, said it will start sales of plug-in hybrid cars with solar panels to the public in Shenzhen tomorrow.


The company said it will go ahead with the plan to sell the car to mass consumers as planned, despite rumours that it might postpone the date while waiting for..more


Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...silap lagi daaa..
Ingatkan Protong..thee he he
Mati-mati ingatkan Protong..


China dari naik basikal,dah buat kereta hibrid..

Mana product baru Protong ni?
Dah berpuluh tahun 1Malaya pakai Perdana, Wira,Iswara..
Iswara, Perdana,Wira..

Tapi tak mengapa..thee he he
Harga Protong lah yang termurah dipasaran..
Masih murah dari Toyota, Honda, Isuzu..thee he he
Cuma mahal sikit dari harga di Zimbabwe..

Jgn byk komplen, jgn byk mulut tau?
Byk sangat cengkadak, pergi beli kereta Jepun..thee he he
Pegi beli Toyota, Honda, Isuzu
.
liq

Bukan Double Standard.. Tapi 'Standard La!'

By FMT Staff

KUALA LUMPUR: Attorney-General Abdul Gani Patail has been accused of double standards over his decision not to charge newly-minted MCA president Dr Chua Soi Lek for 'sexual deviancy'.

According to Sankara Nair, Chua's alleged offence fell under Section 337B of the Penal Code, the same law under which Opposition Leader Anwar Ibrahim has been charged for allegedly sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan...more

Laaaaaaaaa..
Standard la..
Ini piawaian antarabangsa
..thee he he

Soi Lek tu Cina..
mat nuar Melayu..
Lagi pun kan ke dah ada 4 saksi
..

Kes Soi Lek mana ada cerita tak berak 2 hari
Appaara Sankara ni..thee he he

Kes mat nuar sampai main sumpah dalam masjid..
Itu pasl la..thee he he

Saiz-pool BauKari Azlan adalah seorang saksi yg credible..
Dahi dah bertanda lebam kuat solat..Tak caya, pegi tanya bapak dia..
Bapaknya siap cium dahi anaknya..thee he he

Masyukkkk.....

liq

Proton Yang Amat Cemerlang


DETROIT, March 28 — General Motors Co said it would recall about 5,000 heavy duty vans built in February and March and halt production and sale because of a risk of engine fires due to a suspected faulty alternator.

GM said in a notice today it was still determining how to fix the issue, which affects heavy-duty 2010 Chevrolet Express and GMC Savana passenger and cargo vans. Owners should stop driving the vans, park them away from buildings and other vehicles ..more


Protong?
Potong Saga?
thee he he.. ABJJ
Tau ABJJ?
Apa Boleh Jual, Jual...

Dah jual..thee he he
Dah jadi milik customer..
Customer yang punya hak..
Bukan hak Protong lagi..
'Kami tidak akan bertanggung-jawab atas...' thee he he

Pun begitu..thee he he
Kereta-kereta Protong masih lagi rendah harganye..
Jika dibandingkan dgn Toyota, Honda, Isuzu..

thee he he tak suka?
Banyak komplen nampak...

Pegi la beli Toyota, Honda, Isuzu.

liq

Nukilan A Samad Said

A Samad Said
HarakahDaily

DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?

liq