Wednesday, March 17, 2010

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya


HarakahDaily

Perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih Ketua Murid di sekolah-sekolah diarah dihentikan. Pekeliling berkaitan telah diedarkan dan boleh dimuat turun dari internet. Walau bagaimanapun, sebab dari larangan berkenaan tidak berapa kuat iaitu (Kementerian Pelajaran Malaysia) KPM berpandangan bahawa sistem berkenaan tidak sesuai dilaksanakan atau didedahkan kepada murid-murid sekolah.

Tindakan berkenaan menimbulkan sedikit kejanggalan apabila, program berkenaan yang sepatutnya bertujuan baik bagi melatih pemimpin kecil disekat untuk diadakan lagi. Tahukah kita bahawa perlaksanaannya di sekolah cukup aman dan tenteram. Tidak berlaku rusuhan dan rasuah. Cukup tertib dan teratur.


Jangan...jangan ajar budak2 main api..
Kecik2 boleh buat kawan, dah besar nak melawan..thee he he

Apabila ditanya, seorang pembesar dari kementerian anu tu la telah menyatakan,

"Tak mau ada unsur-unsur politik disekolah" - ameno koko perembat padang sekolah buat ceramah takpe.

"Nanti sibuk la polis, nak jaga p/raya kat sekolah pulak, sapa nak bayar overtime depa?"

"FRU kita kurang kakitangan, sekarang depa dok sibuk kat mahkamah, dok dengar cerita buntut & kisah tak berak 2 hari. Lagipun tak syok la sembur air gatal kat budak sekolah, melalak nanti sapa nak pujuk?"

"RTM pun maleh nak datang cover p/raya kat sekolah, skandal tak ada..budak belum baligh. Yang kencing masih menggigil pun ramai lagi! Kah! Kah! Kah!"

"Tak masyuk.... tender satu je, itu pun kalau ada kantin. Kalau ada tender pun, pak guard dah rembat awal2. Hamprak punya pak guard." 

"Ada apa2 lagi? Saya nak pegi sekolah ni, nak amik order buku latihan & buku 555"

"Jual buku 555 untung woooo...masyuk!!"

liq