Monday, November 8, 2010

Puaka Peninggalan MADEY

Madu tualang power! Click here
Gerakan Mansuh PPSMI Kembali Tahun Depan

Oleh Mat Zahari Ali

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuh Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan memulakan usaha mendesak kerajaan mengotakan janji untuk melaksanakan pemansuhan secara berperingkat-peringkat, mulai tahun depan.

Ini ialah puaka peninggalan Madey yg paling hebat. Numero uno.

Kalah puaka PROTONG. Puaka Bakun. Puaka Perwaja. Ini kecik anak punya puaka kalau dibandingkan dgn puaka PPSMI.

Puaka PPSMI ini telah 'menyelowkan' pelajar luar bandar. Menyusah kan mak bapak. Puaka ini banyak 'mengantoikan' pelajar luar bandar.

Orang German kecek German, orang Perancis kecek Perancis, orang Jepun kecek Jepun..thee he he

Orang Melayu disuruh Madey supaya pandai cakap Bahasa Penjajah Inggeris..thee hehe

Jawab laa Madey.. "chek cakap Tamil ka kat dalam rumah chek.....?"


Sewaktu dengannya.

Pun sewaktu dengannya

Lagi laa sama waktu!!

Timbalan presidennya, Profesor Shahril Md Zain berkata pihaknya amat kesal dengan tindakan berdiam diri kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, yang masih membisu dalam memberikan reaksi berhubung isu terbabit.


"Dalam bajet baru-baru ini tidak ada disebutkan usaha pemansuhan tersebut tetapi Menteri Pelajaran ada memberi reaksi berhubung subjek sejarah yang akan diperkenalkan semula.

"Tapi PPSMI, menteri masih membisu," kata beliau ketika dihubungi FMT.

Menurut Shahril pihaknya akan menunggu sehingga tahun depan untuk melihat perkembangan perlaksanaan pemansuhan secara berperingkat-peringkat yang dijanjikan sebelum ini.

"Kita terpaksa menunggu untuk melihat perkembangan yang dilakukan terhadap subjek-subjek Sains dan Matematik tahun depan. Tapi pihak kita desak pemansuhan PPSMI dapat dilaksanakan serta merta.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan semula gerakan mansuh PPSMI ini termasuk menghantar memorandum demi memorandum kepada Yang di Pertuan Agong sebagaimana dulu," katanya.

Shahril berkata Gerakan Mansuh PPSMI bukan bertujuan mengugut mana-mana pihak atau cuba untuk menganggu ketenteraman awam tetapi mahukan kerajaan mengotakan janji.

"Waktu nak lancar PPSMI dulu dibuat secara serta merta tanpa dibuat sebarang analisa khusus tetapi bila nak mansuh menteri memberi pelbagai alasan itu dan ini," jelasnya.

Tidak dipanggil berbincang

Menurut Shahril, Gerakan Mansuh PPSMI kesal kerana tidak dipanggil untuk berbincang dengan Kementerian Pelajaran berhubung usaha pemansuhan PPSMI.

"Dulu adalah sekali dipanggil dalam satu forum untuk memperkasakan bahasa Inggeris yang saya anggap untuk menyejukkan keadaan,"ujar beliau.

PPSMI mula diperkenalkan pada 2003 ketika era Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk mengatasi kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar.

Kerajaan telah memperuntukan RM5.1 billion untuk melaksanakannya dalam beberapa fasa. Namun usaha tersebut mendapat tentangan tokoh-tokoh bahasa, budayawan dan cendikiawan kerana dianggap memperlekeh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Kemuncak penentangan tersebut memuncak pada 7 Mac 2009, Gerakan Mansuh PPSMI yang dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya. Mereka mengharungi tembakan bertalu-talu meriam air dan gas pemedih mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa - yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini - bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.

Akhirnya, Perdana Menteri, Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada desakan yang berterusan itu.

Dan pada Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, akhirnya mengumumkan pemansuhan PPSMI akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Kontrak baru?

Mulai tahun 2012, kedua-dua subjek berkenaan di sekolah rendah akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia. Manakala bagi sekolah kebangsaan dan dalam bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dibenarkan di ajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

Tindakan kerajaan tersebut berjaya meredakan tekanan terhadap kerajaan.

Rami pihak menganggap tindakan kerajaan melengah-lengahkan pemansuhan tersebut disebabkan terikat dengan perjanjian-perjanjian kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

Manakala tindakan kerajaan memperkenalkan kembali subjek sejarah mulai tahun depan dianggap sebagai usaha mengantikan kembali perjanjian kontrak yang terpaksa dibatalkan ekoran usaha memansuhkan PPSMI.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.