Sunday, November 21, 2010

Kadar Haji Mungkin Naik Tahun Depan

Madu tualang power! Click here
Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji kenaikan kadar menyeluruh tambang haji bagi tahun depan daripada pelbagai aspek.
Jamil Khir berkata dalam konteks ini, jemaah haji Malaysia menyedari bahawa di kalangan negara Asean, negara kita mengenakan harga paling rendah.
Al Hajj Jamil apa peduli..thee he he

Sebab al hajj Jamil pergi Mekah free.. nak pergi tiap2 tahun pun boleh..thee he he

al hajj Jamil nak bawak bibik sekali pun boleh..

Mak cik pak cik jgn byk komplen, kalau byk komplen pergi sendiri kayuh basikal.. thee he he

Kos haji 1Malaya adalah terendah dirantau Asean..thee hehe

Memang laaa rendah.. kalau compare dengan Vietnam, Laos.. thee he he Vietnam & Laos ada berapa kerat orang Islam..

Kalau compare dgn Zimbabwe, mesti kos haji 1Malaya termurah dalam dunia!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kajian itu berikutan kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal untuk jemaah haji di Mekah.

Menurut laporan, kerajaan Arab Saudi menaikkan sekurang-kurangnya 25 peratus kos penginapan dan makanan di Kota Mekah selepas pembesaran Masjidil Haram dan penyediaan kemudahan lain untuk jemaah haji.

Jamil Khir berkata kajian itu dijangka siap penghujung tahun ini, iaitu selepas kepulangan pasukan yang ditugaskan ke Mekah bagi meninjau kos sebenar di sana, termasuk penginapan di kawasan baru.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih menimbangkan kewajaran menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang.

“Jika benar berlaku, kenaikan itu mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak, terutama para jemaah dan pendeposit Lembaga Tabung Haji.

“Saya berharap kenaikan itu, kalau berlaku, tidak membebankan bakal jemaah haji kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Aidilfitri beliau di Dewan Serba Guna Guar Chempedak hari ini.

Jamil Khir berkata dalam konteks ini, jemaah haji Malaysia menyedari bahawa di kalangan negara Asean, negara kita mengenakan harga paling rendah.

Sementara itu, beliau menggalakkan semua jemaah haji Malaysia mengambil suntikan vaksin wabak selesema babi atau Influenza A(H1N1), walaupun “tanah haram” diisytiharkan bebas daripada ancaman virus berkenaan.

“Perkara yang elok dan hal-hal macam ini wajar diberi perhatian kerana kita hendak berjalan jauh, dalam tempoh yang lama iaitu sehingga 40 hari,” katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.