Wednesday, August 25, 2010

Sekali TAIK JO LOR Kenyit Mata

Madu tualang power! Click here
BERNAMA

Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tanah Puduraya tu di tengah-tengah kota.. thee he he 

Strategik, cantik, mahal, feng-shui bagus.. menitik air lendir tauke2...

Apa pasal buat stesen bas.. rugi laaaaa.. buat la bangunan tinggi, ruang pejabat, kondo..

Sekarang dah timbul isu lambat, isu salah perkiraan, jangan laaaa nak menipu bulan2 pose ni.. dulu kata ambik masa tak sampai 6 bulan boleh siap..

Cakap je la Taik Jo Lor dah main kenyit2 mata.. thee he he he

Beliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.


“UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain,” katanya.

Justeru, beliau berkata isu projek tidak siap mengikut jadual juga tidak timbul memandangkan kontrak UDA Holdings bagi menyelesaikan pembinaan itu adalah sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan wang tunai RM300 dan kurma kepada 400 orang daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat dan e-kasih, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL bagi meringankan perbelanjaan menghadapi Hari Raya.

“Memang kalau mengikut kontrak, UDA Holdings perlu menyiapkan pembinaan itu menjelang hujung tahun ini, cuma pada mulanya mereka beranggapan struktur di tingkat bawah itu dapat disiapkan lebih awal untuk pengguna, tapi disebabkan kesulitan yang dinyatakan, ia tetap tak boleh digunakan lagi,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Puduraya hanya boleh beroperasi semula hujung tahun ini.

Ketika ditanya pemberita mengenai penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen bagi menjual bahan itu.

“DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen untuk menjual mercun dan bunga api dan seperti yang pihak kami maklum, penjualan mercun dan bunga api adalah perkara di bawah kawalan polis.

“Mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menjualnya di tempat terbuka, tetapi hanya polis yang boleh mengambil tindakan dan saya minta jika ada dijual, laporkan segera kepada polis,” katanya.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.