Tuesday, August 17, 2010

Sebelah Kaki Hakim Dah Ada Dalam NERAKA?

Madu tualang power! Click here

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia , memang tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang 57 hari ditahan, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing oleh polis yang menjaga beliau. Kes itu telah dibicarakan dimahkamah dengan saksi-saksi dipanggil dan semua mengaku pernah melakukan perbuatan itu keatas Malik.


Mahkamah tinggi telah menganugerahkan RM2.5 juta, namun pihak kerajaan telah membawa kes itu ke mahkamah Persekutuan yang menyaksikan akhirnya Malik terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Abdul Malek diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden yang pernah mendera beliau iaitu-- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai ‘kejam’."Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu."Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya."Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah."(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.[Berita penuh]

p/s: Hakim Mahkamah Persekutuan tahu Malik pernah didera oleh 3 pihak iaitu Borhan,Rahim Noor dan kerajaan.Dan Hakim itu juga yang menjatuhkan hukuman supaya Malik membayar gantirugi pada 3 pihak yang pernah mendera beliau.Adakah hakim jenis ini yang dikatakan "sebelah kakinya berada di neraka?"

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.