Tuesday, August 10, 2010

Malu Tapi MAU

Madu tualang power! Click here
KSSB belanja minum teh 

Ismail Hashim
HARAKAH


SHAH ALAM, 10 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menunaikan janji memberikan keuntungan 10 peratus hasil pasir negeri itu kepada semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung seluruh negeri itu.

Memang dah dasar kucing.. thee he he dapat ikan free, gerenti rembat..

Tak kira la kucing hijau ke, kucing biru separuh abad ke.. janji dapat makan free..

Dah dapat RM1,793-00 reti pulak kucing2 ni bercakap.. bagus la PAKATAN..

Time Ameno-Coco dulu.. kenyang kitaorang makan pasir..thee he he

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari semalam.



Seramai 368 pemimpin masyarakat itu dari sembilan daerah di negeri ini menerima sumbangan sekitar RM1793 seorang sebagai mengenang jasa mereka yang berhadapan terus dengan masyarakat akar umbi selama ini.

Haji Yaakob berbuat demikian selepas berucap dalam program Seminar Motivasi dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan Pasir Dari KSSB Kepada Ketua-ketua Kampung Negeri Selangor.

Dalam ucapannya, beliau berharap rakyat seluruhnya dapat menilai bagaimana perbezaan antara bentuk pentadbiran dua kerajaan BN dahulu dan PR sekarang.

Menurutnya, jika dahulu mereka memberikan hak kepada rakyat mengikut ‘warna’ tetapi kerajaan sekarang memberikan hak kepada sesiapa sahaja yang berhak menerimanya.

Beliau juga menarik perhatian semua ketua kampung agar memberikan perhatian dan bertanya khabar kepada semua lapisan anggota masyarakat tanpa mengira warna.

Katanya, kerana amalan memberikan hak milik rakyat kepada mereka yang sewarna sahaja dengan mengenepikan fahaman warna-warna lain selama inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

“Kita sering mendengar ‘Kerana nila setitik rosak susu sebelanga’, kerana itu, jika ada warna biru tua karat, maka rosaklah sesebuah kampung itu,” tegasnya sambil mendapat tepukan hadirin.

Namun, jelasnya, ketua kampung yang ada sekarang ini tidak boleh mengamalkan begitu, sebaliknya semua anggota masyarakat perlu ditarbiah agar yang biru tua menjadi biru laut dan hijau segar.

Sebelum itu, dalam seminar separuh hari itu dipenuhi dengan ucapan dari wakil-wakil kerajaan seperti Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, Timbalan Exco Kebajikan, Sains dan Inovasi, Dr Abd Rani Osman, Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Shuhaimi Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Dewan tentang PBT dan Tanah, Ng Swee Lim

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.