Thursday, August 19, 2010

Gabung BUKAN Macam Tanam Jagung

Madu tualang power! Click here
Perodua, Proton tidak perlu gabung — Esa Adam
August 18, 2010

Sebijik Iswara dan sebijik lori berebut tiang api.

18 OGOS — Penulis berpendapat adalah kurang bijak bagi kerajaan mahu menggabungkan Proton dan Perodua dalam satu entiti kerana ia bukan satu penyelesaian kepada masalah yang berlaku terutamanya Proton.

Lapor lah berita betul2.. jgn lah auta sana auta sini.. puter sana puter sini.. thee he he he

Sapa yang nak gabung.. sapa tak nak gabung?? thee he he hee tanya lah Perodua betul2.. pujuk laaa

Ini serupa cerita orang gemuk ajak orang slim mencekik banyak2, supaya jadi gemuk..thee he he jangan laaa main paksa2.. 

Masalah buatan sendiri yang ditanggung oleh kedua-dua pengilang kereta nasional ini adalah masalah yang biasa berlaku dalam industri pengilangan di mana-mana juga.


Cuma di Proton, satu masa dahulu ego mengatasi segala pertimbangan rasional dalam menambah kapasiti pengeluaran. Pada masa itu, lahir sebuah kilang Proton mega di Tanjung Malim dalam sebuah Bandar dinamakan Proton City.

Kedua-dua pengilang ghairah menambah kapasiti pada era kegemilangan industri automotif sehingga menjerat diri sendiri. Tidak ada sesiapa di Proton pada masa itu memikirkan tentang business cycle walaupun ada petunjuk dari trend-trend yang berlaku sebelumnya.

Jika ada pun, mereka mungkin diketawakan oleh pihak pengurusan atasan termasuk pembuat dasar di Putrajaya.

Kalau mengikut berita yang dilaporkan dalam sebuah akhbar perniagaan baru-baru ini, Proton sekarang mengeluarkan kereta berjumlah 150,000 unit setahun berbanding dengan kapasiti yang dirancang sebanyak satu juta unit setahun. Penggunaan kapasiti Perodua mungkin lebih baik daripada Proton.

Daripada pengalaman penulis dalam industri automotif sepanjang dekad 1990-an, peningkatan kapasiti di Perodua adalah mengikut keperluan. Ini kerana masih ada penglibatan pemegang saham dari Jepun dalam syarikat Perodua pada masa itu.

Dengan penggunaan kapasiti sebanyak 15 peratus, sudah semestinya produktiviti pengeluaran kilang Proton tidak berdaya maju. Tidak perlu seorang pakar ekonomi untuk merumuskannya.

Apa yang perlu dibuat oleh Proton ialah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran. Proton harus memikirkan bagaimana menambah pengeluaran dan bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar kereta di rantau ini dan juga dari Eropah.

Proton harus juga memikirkan 'pengilangan secara kontrak' untuk pengeluar-pengeluar kereta bagi tujuan eksport atau pasaran domestik.

Proton harus menghadapi saingan secara head on dengan mana-mana jenama yang memasuki pasaran tempatan. Era perlindungan pasaran mesti dilupakan.

Bagi mengurangkan kos pengeluaran, Proton harus merasionalkan pengeluarannya dengan menutup kilang di Shah Alam dan menggunakan kilang di Tanjung Malim sahaja. Dengan cara ini, kakitangan sokongan bahagian pengeluaran dapat dikurangkan.

Penggabungan juga dirasakan tidak realistik kerana Korea dapat bersaing di pasaran global dengan pelbagai jenama kenderaan seperti Hyundai, Kia dan Sangyong. Jepun juga mengeluarkan kenderaan dengan pelbagai jenama seperti Honda, Toyota dan Nissan.

Jerman, sebuah negara pengeluar automotif terbesar juga masih mengamalkan pelbagai jenama dan pengurusan yang berlainan.

Apa yang penulis khuatir adalah jika Proton dan Perodua sudah menjadi satu entiti perniagaan, maka akan hilang semangat kompetitif di antara dua pengilang ini sekali gus melemahkan industri automotif nasional selama-lamanya.— Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.