Monday, August 2, 2010

AWAS Lilin!

Madu tualang power! Click here
Ada wabak baru menyerang 1Malaya. Wabak lilin.

Pegang lilin sekarang lebih bahaya. Jangan pegang lilin.

Bahaya lilin menyamai JE Bukit Pelanduk

Bahaya lilin mengatasi H1N1

Lilin sudah dikategorikan bahan beradio-aktif.

Harakahdaily

PETALING JAYA, 1 Ogos: Seramai 29 orang ditahan, 21 lelaki dan lapan perempuan setelah polis beserta pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyerbu upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Macam ni lah jadinya kalau dah takut..thee he heeee

Susah lah nanti budak2 nak sambut birthday macam mana??

Bakar tempurung kelapa?? thee he hehe he

Orang nak pegang lilin, nyala lilin pun tak boleh..thee hee hee

Nanti sikit lagi keluar lah arahan baru..

Pegang barang sendiri pun tak boleh..thee he he heeee


Pihak peguam sedang membuat urusan di balai polis.

Latheefa Koya memberitahu, mereka yang ditahan diambil keterangan oleh pihak polis.


Sebelum ini, akibat serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, peserta bergegas masuk ke bangunan pusat membeli belah Amcorp Mall bersebelahan.

Bagaimanapun pihak polis didakwa tetap mengejar mereka dan sekurang-kurangnya 12 ditahan.

Mereka termasuk Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, Setiausaha PSM, Arutchelvan dan koordinator Suaram, Nalini Elumalai.

Mereka difahamkan dibawa dengan trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurut Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, polis membuat serbuan tanpa membuat sebarang rundingan dengan pihak GMI selaku penganjur.

Menurut Tian lagi, polis tidak sepatutnya bertindak demikian kerana program tersebut dibuat di tapak milik MBPJ dan telah mendapat kelulusan mereka.

Peserta yang berkumpul di dalam pusat membeli belah tersebut, bagaimanapun terus diburu oleh polis.

Program sama pada malam ini turut diadakan di tujuh lagi tempat di seluruh negara bagi membantah ISA yang kini berusia 50 tahun.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.