Wednesday, July 21, 2010

TG Nik Aziz Main GOLF

Madu tualang power! Click here
1,2,3 .. libas!! TGNA melibas!


Pemuda PAS sokong perpaduan
Oleh Haspaizi Mohd Zain
berita hairan
2010/07/21

Muka Tiger Woods kena libas kayu golf.

Harap pertemuan Muhyiddin, Nik Aziz jadi kenyataan, tingkat kerjasama

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong pertemuan kepemimpinan parti itu dengan UMNO untuk membincangkan cadangan supaya kedua-dua parti menjalin kerjasama bagi memastikan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Macam berpakat-pakat...thee he hee.. "you bersuara this year, next year nanti I pulak"..

Tahun lepas Si Nasha..thee he he tahun ini si Nasru..thee he he

Nasha & Nasru.. pejuang Islam & Melayu, masih menjelejeh air liur kena umpan dengan UMNO, masih mau cari haru biru.. thee he he

Tak habis-habis dengan tajuk "Melayu"!

Ketuanya, Nasruddin Hassan, berharap pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi kenyataan sebagai langkah awal untuk memulakan pertemuan yang lebih banyak selepas itu.



“Saya mendoakan pertemuan itu menjadi kenyataan. Peluang sebegini bukan senang dan banyak perkara boleh dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi ini,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pemimpin kedua-dua parti tidak seharusnya prejudis terhadap pertemuan itu, sebaliknya perlu menganggapnya sebagai kesempatan untuk membincangkan pelbagai perkara dari segi agama Islam hinggalah kepada isu politik.

Katanya, pemimpin kedua-dua parti juga perlu mengenepikan emosi serta kepentingan politik dan memberi ruang kepada perbincangan itu kerana ia selaras dengan tuntutan Islam.

“Pertemuan tidak menjadi masalah, malah bagus untuk bertemu dan berbincang dalam apa juga topik kerana ia sebahagian daripada tuntutan dan ajaran Islam bagi menyelesaikan masalah dan Islam tidak menutup pintu untuk bincang apa juga isu.
“Bagi pihak PAS wakil kita adalah Mursyidul Am dan pihak kerajaan pula Timbalan Perdana Menteri. Mereka boleh bincang perkara asas, bagi pihak Pemuda PAS, kami memberi kepercayaan penuh kepada Mursyidul Am kerana beliau mempunyai asas agama yang kukuh,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu dan kepentingan Islam. Nik Aziz turut melahirkan kesediaannya untuk bersemuka pada bila-bila masa, asalkan dibuat secara empat mata.

Bagaimanapun beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk dua Naib Presidennya iaitu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub tidak setuju dengan kerjasama politik UMNO-PAS.

Sementara itu, Nasruddin berkata, ahli PAS dan masyarakat tidak perlu bimbang sekiranya pertemuan Timbalan Perdana Menteri dan Nik Aziz itu menjadi kenyataan.

Katanya, pertemuan dua pemimpin itu perlu dilakukan berdasarkan keikhlasan dan objektif yang jelas, bukannya disebabkan oleh pandangan ataupun desakan akar umbi.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.