Sunday, May 23, 2010

Suruh Kera Mengangkang. Kangkang Kera LAGI Luas

Madu tualang power! Click here
Kera tak sporting, tak nak ngangkang

Kita dapat balik tanah di Jakarta
2010/05/22

Mahkamah Agung beri semula hak milik

JAKARTA: Selepas menunggu 12 tahun, Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan tanah bekas tapak Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di No 48 Jalan Kemang Raya, Jakarta Selatan. Datuk Bandar Jakarta Selatan, Shahrul Effendi menyampaikan surat penyerahan tanah itu kepada Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini Amran Mohamed Zin selepas Bahagian Penguat Kuasa pejabat itu melaksanakan operasi pengusiran penceroboh pagi semalam. Shahrul berkata, penyerahan kembali tanah itu sebagai melaksanakan keputusan Mahkamah Agung Indonesia yang menetapkan tanah berkenaan milik Kerajaan Malaysia.

Ga! ga! ga! thee he he he 

Kera pun malu nak mengangkang lah! Malu. Tak de faedah..thee he he he 

Ini lah kalau pandai,  macam hamprak. Bodoh pun macam hamprak..thee he he

Tanah 2 kangkang kera kat Jakarta tu yang nak didegar2kan, dihebah2kan, disumbat2kan, diwar2kan ke seluruh pelosok 1 Malaya..thee he he

Ok lah, kasi 3 kangkang kera. 4,950 meter persegi.. haram 1Malaya tak nak tau..thee he he

1Malaya nak tau apa cerita tanah kat Limbang, apa cerita 2 blok kaya petrol bagi kat Brunei, apa cerita Pulau Batu Puteh senang2 Singapoora rembat..thee he he 

Tanah 3 kangkang kera ni kaya petrol ka? Kaya dgn hasil perikanan  ka?

GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA!  
Urusan penyerahan itu menamatkan usaha 12 tahun pihak Kedutaan Besar Malaysia di sini menuntut kembali haknya di mahkamah yang menelan belanja RM2 juta.

Operasi pengusiran penceroboh membabitkan 530 pegawai penguat kuasa Pejabat Datuk Bandar Jakarta Selatan, dijalankan tanpa sebarang pergaduhan selepas beberapa orang menghalang pintu masuk ke tanah itu dengan sebuah kereta bersetuju mengalihkan kenderaan berkenaan dan membenarkan operasi itu diteruskan.

Seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Riano berkata beliau akan tetap tuntut haknya di mahkamah.
Difahamkan Kerajaan Malaysia membeli tanah seluas 4,950 meter persegi itu daripada Rumphus Erwin Sondakh pada 1971 dan kemudian telah menempatkan Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke republik itu.

Bagaimanapun pada 1982, Duta Besar Malaysia ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat mengosongkan kediaman itu dan pengawal keselamatan ditempatkan bagi mengawasi dan menjaga keselamatan hartanah itu.

Enam belas tahun kemudian iaitu pada 1998, berikutan pergolakan politik di permulaan era reformasi, seorang rakyatnya bernama Frederik Matheus Pietersz menceroboh, merampas dan menempatkan orangnya di situ.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.