Monday, May 24, 2010

Jamban Kami Masih FREE

Madu tualang power! Click here
Lesen guru tak praktikal
Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azis Ngah
bhminggu@bharian.com.my
2010/05/23

Syarat tidak sesuai untuk pendidikan percuma: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini tidak praktikal dilaksanakan kerana kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang Menteri Pelajaran, berkata buat masa ini, kerajaan belum mahu melaksanakan syarat lesen perguruan itu kerana ia bukan langkah yang sesuai. Katanya, syarat lesen perguruan hanya dicadangkan guru dan guru besar yang berbincang dengan kementerian sebelum ini.

GAGAGAAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGA! GAGAGA! GAGAGA!

Gagal berpijak di bumi nyata..masih diawang-awangan, sudah2 lah tu..Sibu dah kantoi!

Mana ada pendidikan percuma..janganlah auta teruk sangat, budak Taska pun tau..thee he he

Buku latihan bukan boleh dapat dengan air lior..mak bapak terkeluar air lendirlah bekerja banting tulang nak membeli aneka buku..thee he he

Kelab komputer? tak bayar tak boleh masuk..tak dapat main game, meraung la bebudak, gugur janggut bapak selai-selai..thee he he

Itu belum tambang sekolah, belum makan pagi, makan tengahari kat kantin kroni...thee he he he

Cuma mak-bapak masih lagi berterima-kasih kpd kementerian si anu, sebab jamban sekolah masih FREE...!

GAGAGAAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGA! GAGAGA! GAGAGA!
“Soal pelesenan guru tidak berbangkit dan saya berpendapat ia tidak praktikal dilaksanakan di negara ini. Buat masa ini lesen hanya untuk penubuhan sekolah swasta, untuk guru kita tidak fikir ia sesuai.

“Pada masa ini, kita fikir ia hanya satu pandangan,” katanya selepas majlis Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kelmarin bahawa kementerian itu sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Mohd Puad berkata, lesen perguruan itu dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masa Malaysia menimbangkannya secara serius.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata, guru dan guru besar pada perbincangan dengan kementerian mengemukakan perkara itu kerana mereka mahu menekankan soal kualiti guru yang mengajar.

Katanya, kementerian sudah mempunyai penilaian tersendiri yang digunakan untuk meneliti dan mengukur kedudukan guru.

“Kalau tidak begitu baik, mereka dihantar menyertai kursus. Banyak negara lain, ada buat sistem begitu (pelesenan) tetapi di sini pendidikan percuma,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, sambutan masyarakat dan sektor swasta terhadap pengumuman bantuan kerajaan termasuk geran pelancaran RM10,000 selain latihan kepada bakal guru pendidikan prasekolah sangat menggalakkan.

“Pendidikan prasekolah sangat penting termasuk kawasan seperti di PPR. Jika ada permohonan dari kawasan seperti ini, kita boleh bantu mereka, yang penting ada permohonan daripada masyarakat,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan membuat pengumuman akan membantu sektor swasta untuk melaksanakan pendidikan prasekolah, namun bantuan itu hanya akan diberikan jika mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.

No comments:

Post a Comment

Komen pembaca amat dialu-alukan. Lambat atau cepat, ianya akan disiarkan.

Tetapi, komen yg mengandungi iklan pil kuat batang, pil pacak, pil kemut, sendat, sempit, meraung, merengek, mengaum; jangan harap ianya akan disiarkan.